Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTimbalan-Timbalan Setiausaha Tetap

Yang Mulia 

Awang Ajman bin Haji Meludin


Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan)
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam


Awang Ajman bin Haji Meludin dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada 18 November 2017. Tugas dan tanggungjawab beliau termasuk membantu Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam mengawasi portfolio-portfolio berikut: pentadbiran dan kewangan, komunikasi strategik, pembangunan sumber manusia dan lima jabatan / pusat di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
iaitu: -

  • Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan;
  • Jabatan Buruh;
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat;
  • Jabatan Penjara; dan
  • Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.


Beliau juga dilantik di dalam beberapa Jawatankuasa seperti: -

  • Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Al-Islah (Pusat Pemulihan Dadah);
  • Pengerusi Jawatankuasa Sebutharga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri;
  • Pengerusi Kumpulan Kerja Adaptasi dan Daya Tahan
    di bawah Jawatankuasa Eksekutif Perubahan Iklim;
  • Jawatankuasa Meneliti Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
  • Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia;
  • Ahli Jawatankuasa Protokol dan Logistik Mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN Tahun 2021 Brunei Darussalam;

IMG_0039.JPG

Sebelum pelantikan beliau sebagai Timbalan Setiausaha Tetap, beliau pernah menjawat jawatan-jawatan berikut:-


a. Pesuruhjaya Buruh, Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri [November 2016-November 2017]

b. Unit PENGGERAK di Jabatan Perdana Menteri sebagai Pegawai Pentadbir Kanan mengawasi inisiatif kemudahan menjalankan perniagaan
[2014-2016]

Awang Ajman bin Haji Meludin telah dianugerahkan "Pingat Indah Kerja Baik" (P.I.K.B.) pada tahun 2010.

Beliau berkahwin dengan Dayang Norizah binti Haji Musli dan mempunyai seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Hobi beliau adalah melancong dan bersukan.


​​IMG_0035.JPG



Yang Mulia 

Awang Abdul Walid bin Haji Matassan​

 

Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah)
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam


Tarikh Lantikan: 28 Jun 2018