TEMBURONG - Hari Khamis, 07 Muharram 1439 bersamaan 28 September 2017 bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong telah berlangsung Pertandingan Menghafaz Surah-Surah Pilihan Berserta Pemahaman Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saiffuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 bagi Tahun 2017 Peringkat Akhir Kebangsaan dikendalikan oleh Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.