BANDAR SERI BEGAWAN 27 September - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439H bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya dan Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil Dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Kali Ke-47 Bagi Tahun 2017 bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Majlis ini dikelolakan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.