Majlis Pembukaan Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW telah diadakan serentak dikempat-empat daerah. Tumpuan bagi Daerah Temburong ialah di Masjid Utama Mohammad Salleh Pekan Bangar. Hadir menyertai majlid dikir berkenaan ialah Yang Mulia Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud, Pemangku Pegawai Daerah Temburong. Juga turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Majlis Dikir berkenaan bermula pada 12 Disember 2015 dan akan berakhir sehingga 23 Disember 2015 selama 12 malam berturut-turut.
Tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW pada tahun ini ialah "Menghayati Sunnah Rasullullah"