Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

Sistem Smart Q

Aplikasi mudah alih itu direka untuk memberikan faedah – faedah seperti berikut:

  1.       tiada lagi keperluan untuk beratur awal bagi mendapatkan nombor giliran disebabkan telah membuat tempahan jenis-jenis perkhidmatan Kad Pengenalan pada masa-masa yang dipilih;
     
  2.        meningkatkan effisiensi dan produktiviti dengan mengurangkan masa menunggu bagi pelanggan;
     
  3.        meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan serta mengurangkan waktu yang terbuang bagi pelanggan

Aplikasi Smart Q tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai menempah slot queue pendaftaran Kad Pengenalan lebih awal mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Bagi penggunaan aplikasi Smart Q berkenaan, orang ramai hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi QueUP dari Appstore atau Googleplay
  2. Buka aplikasi dan daftar bagi QueUP
  3. Pilih waktu tempahan, Jabatan, Perkhidmatan, Cawangan
  4. Pilih waktu dan tarikh tempahan yang dikehendaki, klik 'Book' (tertakluk kepada slot yang ada)
  5. Nombor pengesahan dan bar kod akan diberikan kepada pemohon
  6. Semasa hari pendaftaran (mengikut jadual tarikh dan waktu yang ditempah oleh pemohon), pemohon hadir ke Bahagian Kad Pengenalan, Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan 15 minit lebih awal sebelum jam waktu tempahan.
  7. Pemohon perlu mengimbas (scan) bar kod pada alat kiosk yang disediakan. Sistem akan memaklumkan nombor kaunter dan anggaran masa pemohon akan dilayan.
  8. Nombor giliran pemohon akan dipanggil bagi perkhidmatan pendaftaran. 
  9. Di samping tempahan awal ini, Bahagian Kad Pengenalan masih juga menerima orang ramai yang membuat permohonan secara "walk in" seperti dibuat sebelum ini.

Attachments
Created at 15/02/2018 08:32 by Nusratina Binti Hj Md Daud
Last modified at 13/08/2018 09:40 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah