Bilangan Iklan:KHEDN/LTK/2023/02SUPPLY AND INSTALL 2 SET OF FLOATING PONTOON AT MERCU DIRGAHAYU AREA, BANDAR SERI BEGAWAN.
| Tarikh dan Masa Ditutup:2:00PM, 4/04/2023 | Maklumat Perhubungan:Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri | YURAN TAWARAN = BND50.00 (Tidak Dikembalikan) Bilangan Projek: KHEDN/BPE/B01303-01
Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran kerja sebutharga adalah seperti berikut; - Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat / Pemborong-Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas II dan III dalam Kategori - SAHAJA di Negara Brunei Darussalam.
- Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Bahagian Perkhidmatan Korporat, Unit Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce, Negara Brunei Darussalam.
- Bagi Syarikat/Pemborong yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Jabatan Peguam Negara, Negara Brunei Darussalam dan juga menyertakan salinan sijil pendaftaran Kontraktor Dan pembekal, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam yang masih sah laku.
- Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tan membubuh sebarang pengenalan atau identiti pemborong atau Syarikat.
- Semua tawaran hendaklah dimasukkan kedalam
Peti Kotak Sebutharga, Aras Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan, BS8610 Negara Brunei Darussalam - Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.
- Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.
| Attachments |
|
|