Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Kali Ke-36
pada hari Selasa, 07 haribulan Sya’aban 1444 bersamaan dengan 28 haribulan
Februari 2023 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.
Penyampaian sijil-sijil Taraf Kerakyatan telah disempurnakan oleh Tetamu
Kehormat majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji
Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Pada kali ini, seramai 659 orang penerima Sijil Taraf Kerakyatan yang telah
mendapat limpah kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Penerima-Penerima adalah terdiri dari mereka yang memohon taraf kerakyatan
Negara Brunei Darussalam di bawah Akta Taraf Kebangsaan Brunei, Penggal 15
iaitu di bawah Bab 5(1) Ujian Bahasa Melayu secara bertulis, Bab 6(1) iaitu terdiri
daripada anak kepada Ibu Warganegara Brunei, anak kepada ayah warganegara
Brunei dan anak-anak angkat kepada ibubapa angkat warganegara Brunei dan
juga di bawah Bab 5(6) terdiri daripada isteri-isteri kepada suami warganegara
Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan
Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan,
Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.