Sign In
Web Creator

SESI MUZAKARAH KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BERSAMA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA

WhatsApp Image 2023-02-04 at 16.25.31.jpeg


Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan didalamnya telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada hari Sabtu 14 haribulan Rejab 1444 bersamaan 04 haribulan Februari 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sesi Muzakarah ini adalah sebagai platform untuk memberikan peluang kepada Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara untuk mendengarkan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan serta perancangan-perancangan strategik Kementerian dan Jabatan-Jabatan dibawahnya, selain dapat mengongsikan pandangan serta buah fikiran dan apa jua perkara atau isu yang memerlukan perhatian pihak Kementerian dan Jabatan demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang lebih berkualiti ke arah kesejahteraan orang awam dan pembangunan negara. Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih dekat lagi bersama pihak pengurusan atasan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian.

Turut hadir di sesi muzakarah tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap serta Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


Created at 8/02/2023 11:43 PG by Nurul Hafizahwati binti Haji Hamidi
Last modified at 6/03/2023 4:22 PTG by Nurul Hafizahwati binti Haji Hamidi
Berita Terkini