Sign In
Web Creator

17TH ASIA AND THE PACIFIC REGIONAL MEETING 6TH TO 9TH DECEMBER 2022

​​Picture APRM for PR.jpeg

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menghadiri 17th Asia an​​​d The Pacific Regional Meeting (17th APRM) of the International Labour Organization (ILO) yang diadakan pada 6hb hingga 9hb Disember 2022 di Raffles City Convention Centre, Singapura. 

Mesyuarat APRM mengumpulkan tiga pihak konstituen ILO di seluruh Asia, Pasifik dan negara-negara Arab setiap 4 tahun sekali untuk membincangkan program dan pelaksanaan aktiviti ILO di rantau ini melalui perkongsian pengetahuan dan pertukaran amalan terbaik. Mesyuarat tahun ini membincangkan tentang peranan ILO dalam menyokong pekerja, perusahaan dan isi rumah di rantau ini untuk menyesuaikan diri dengan cabaran dan peluang baru dalam dunia pekerjaan; mengukuhkan daya tahan pasaran buruh; menggalakkan kerja yang baik di rantau ini; dan membawa kesan alam sekitar, ekonomi dan sosial yang positif. Perbincangan ini merangkumi empat bidang tematik utama iaitu Agenda dasar bersepadu untuk pemulihan berpaksikan manusia yang inklusif, mampan dan berdaya tahan; Rangka kerja institusi untuk menyokong peralihan ke arah formaliti dan kerja yang baik; Asas yang kukuh untuk perlindungan dan daya tahan sosial dan pekerjaan dan; Menggiatkan semula pertumbuhan produktiviti dan kemahiran untuk pekerjaan yang lebih banyak dan baik.

Mesyuarat dirasmikan dengan ucapan pembukaan khas oleh Puan Yang Terutama Halimah Yacob, Presiden Republik Singapura, diikuti dengan ucapan daripada Tuan Yang Terutama Dr. Tan See Leng, Menteri Tenaga Manusia, Singapura selaku Pengerusi APRM Ke-17; Tuan Yang Terutama Gilbert F. Houngbo, Ketua Pengarah ILO; Yang Mulia Hiroyuki Matsui, wakil Majikan; dan Yang Mulia Felix Anthony, wakil pekerja. 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa plenari rasmi APRM ke-17 telah mengongsikan beberapa langkah dan inisiatif Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk mengatasi kesan daripada pandemik COVID-19 dengan memfokuskan kepada menjaga kesejahteraan rakyat, ke arah kestabilan ekonomi bagi perusahaan, Peniaga Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan mereka yang bekerja sendiri, serta memupuk dan mengekalkan perniagaan dan inovasi dalam bidang pembelajaran dan kemahiran sepanjang hayat untuk semua. 

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut, Yang Mulia Awang Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Siti Haziah binti Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Ketua Sekretariat Manpower Planning dan Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri; Yang Mulia Awang Muhammad Saufi bin Haji Ibrahim, Pesuruhjaya Buruh dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Awang Haji Abdul Saman bin Haji Ahmad, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negara Brunei Darussalam sebagai wakil Majikan; dan Yang Mulia Dayang Lim Chui Hian, Strategic HR Business Partner, Bank Islam Brunei Darussalam sebagai wakil Pekerja. ​
Created at 12/12/2022 8:30 PG by Nurul Hafizahwati binti Haji Hamidi
Last modified at 6/03/2023 4:27 PTG by Nurul Hafizahwati binti Haji Hamidi
Berita Terkini