Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM BANDARKU CERIA DIADAKAN SEMULA PADA 15 MEI 2022

​.

​1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa Program Bandarku Ceria akan diadakan semula pada hari Ahad, 14 Syawal 1443H bersamaan 15 Mei 2022M setelah lebih sebulan ditiadakan sepanjang bulan Ramadan. 

2. Aktiviti-aktiviti yang dibolehkan adalah aktiviti berbentuk riadah dan juga aktiviti gerai-gerai jualan. 

3. Para pengunjung dan penjaja semasa Program Bandarku Ceria adalah dikehendaki untuk mematuhi Garis Panduan Fasa Awal Endemik Bagi Kemudahan dan Aktiviti Bagi Kecergasan dan Rekreasi dan juga Garis Panduan Perkumpulan Ramai yang berkuatkuasa pada masa ini.

 4. Dengan pembukaan semula Program Bandarku Ceria ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyarankan supaya para pengunjung dan penjaja untuk sentiasa memberikan kerjasama dan juga mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa. 

-TAMAT

Created at 16/05/2022 10:44 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 16/05/2022 10:45 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong