Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA KELOLAAN PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN BAGI TAHUN 1443H / 2022M

01.JPG

Khamis, 21 April 2022 - Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah diadakan pada 19 Ramadhan 1443 bersamaan 21 April 2022 bertempat di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Sungai Akar. Majlis ini diselenggarakan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC).

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, serta Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung. Ini juga termasuk ahli-ahli Takmir dan Muslimah Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah serta orang ramai yang hadir.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Afiq Haririe bin Haji Awang Mat Daud, Johan Qari Musabaqah Tilawah Quran Belia Kebangsaan Tahun 1442H / 2021M, sementara tafsirannya disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohd Hazwan Nizam bin Ibrahim, Pegawai Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Majlis turut diserikan lagi dengan ceramah khas, "Bertemankan Al-Qur'an Sepanjang Zaman", yang disampaikan oleh penceramah undangan, iaitu Yang Mulia Awang Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Penceramah dan Pembaca Ayat-ayat Suci Al-Quran serta sumbangan Wakaf kepada masjid berkenaan dan sumbangan derma kepada anak-anak yatim seramai 31 orang yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis juga dihasratkan sebagai wadah untuk memperingati hari kebesaran Islam bagi meraih keberkatan pada bulan Mubarak ini selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga kementerian dan juga penduduk setempat semata-mata mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

02.JPG05.JPG04.JPG

Created at 23/04/2022 10:36 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 23/04/2022 10:37 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong