Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa
Program Bandarku Ceria yang lazimnya diadakan pada setiap hari Ahad adalah dengan
ini ditiadakan untuk sementara waktu sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.
Aktiviti-aktiviti yang ditiadakan adalah semua jenis aktiviti Bandarku Ceria termasuklah
aktiviti riadah dan berjaja.
Sementara itu jalan-jalan yang kebiasaannya ditutup semasa Program Bandarku Ceria
akan dibuka seperti biasa.
Program Bandarku Ceria akan diadakan semula pada hari Ahad, 14 Syawal 1443H
bersamaan 15 Mei 2022M.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Negara Brunei Darussalam.