Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PROGRAM BANDARKU CERIA DIADAKAN SEMULA

​.

1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan mengenai pembukaan semula Program Bandarku Ceria susulan Kenyataan Media Jabatan Perdana Menteri pada hari Selasa, 4 Rabiulakhir 1443 bersamaan 9 November 2021 bagi Pengumuman Fasa Peralihan Rangka Kerja Pelan Pemulihan Kebangsaan COVID-19 yang akan mula berkuatkuasa pada hari Jumaat, 14 Rabiulakhir 1443 bersamaan 19 November 2021.

2. Berdasarkan Garis Panduan Fasa Peralihan tersebut, bermula pada hari Ahad, 16 Rabiulakhir 1443H bersamaan 21 November 2021M, Program Bandarku Ceria akan diadakan semula. Walau bagaimanapun, Program ini adalah terhad kepada aktiviti riadah yang dilakukan secara individu atau didalam jumlah kumpulan yang terhad. Manakala, aktiviti berjaja adalah ditiadakan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

3. Semua pengunjung semasa Program Bandarku Ceria adalah dikehendaki untuk mengikut Garis Panduan Fasa Peralihan Bagi Kemudahan dan Aktiviti Bagi Kecergasan dan Rekreasi yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan seperti berikut:-

3.1 Protokol bagi aktiviti dan kemudahan adalah seperti berikut :

  • Hanya pengunjung yang melengkapkan dua (2) dos vaksin dibenarkan hadir. Walau bagaimanapun, remaja dan kanak-kanak berumur 17 tahun kebawah yang belum bervaksin atau hanya menerima satu (1) dos vaksin dibenarkan hadir beriadah di kawasan terbuka, dengan syarat ditemani oleh ibubapa ataupun penjaga yang sudah bervaksin penuh.
  • Hanya pengunjung yang mempunyai kod BruHealth berwarna hijau dan kuning sahaja dibenarkan hadir.
  • Aktiviti riadah berkumpulan tidak melebihi 15 orang adalah dibenarkan.
  • Langkah-langkah kawalan COVID-19 hendaklah dipatuhi dengan ketat.
  • Dimestikan memakai sungkup muka (face mask) pada setiap masa kecuali ketika melakukan senaman atau kegiatan fizikal.
  • Penjarakan fizikal semasa bersenam atau bersukan ialah 1.5 meter antara individu untuk aktiviti fizikal umum, melainkan aktiviti itu memerlukan penjarakan yang pendek.
  • Minuman boleh diminum semasa beraktiviti pada waktu rehat pendek sahaja. Pengunjung digalakkan untuk membawa minuman mereka sendiri dan berkongsi minuman adalah dilarang.

3.2 Jalan-jalan yang ditutup semasa Bandarku Ceria bermula pada jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi seperti berikut: 

    • Jalan McArthur; 
    • Jalan Pemancha;
    • Jalan Pretty; 
    • Jalan Robert;
    • Jalan Masjid Omar 'Ali Saifuddien; 
    • Jalan Elizabeth II;
    • Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien; 
    • Jalan Haji Basir;
    • Jalan Stoney; 
    • Jalan Sekolah;
    • Jalan Kumbang Pasang; dan 
    • Jalan Perdana Menteri sehingga Pusing Keliling berdekatan Jabatan Perdana Menteri.
4. Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah merujuk kepada Garis Panduan yang terperinci bagi aktiviti berkenaan yang telah disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri dengan melayari laman sesawang www.jpm.gov.bn.
Created at 20/11/2021 13:13 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 20/11/2021 20:13 by Kartini Binti Yakub