Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI HADIRI 9TH ASEAN MINISTERIAL MEETING ON DISASTER MANAGEMENT (AMMDM) DAN 10TH CONFERENCE OF THE PARTIES TO THE ASEAN AGREEMENT ON DISASTER MANAGEMENT AND EMERGENCY RESPONSE (COP TO AADMER)

msedge_UqhHGOz0mx.jpg

Bandar Seri Begawan, 14 Oktober 2021 - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini telah menghadiri 9th ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM) dan 10th Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (COP to AADMER) secara maya, dipengerusikan oleh Singapura pada tahun ini.

Mesyuarat yang dihadiri oleh menteri-menteri ASEAN yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana membawa tema "Strengthening Partnership and Innovation for Disaster Management in ASEAN" antara lain membincangkan cara-cara untuk memperkukuhkan lagi tindak balas ASEAN secara bersama terhadap sebarang bencana serta menilai pelaksanaan ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) ke arah merealisasikan hasrat untuk membangun masyarakat yang selamat dan berdaya tahan bencana.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Kasiviswanathan Shanmugam, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang, Singapura.

Semasa mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menekankan kepentingan peningkatan kerjasama serantau yang memerlukan  penyelasaian inovatif khususnya dalam bidang pengurusan bencana bagi menangani cabaran yang dihadapi pada masa ini dan yang akan datang sejajar dengan tema mesyuarat.

Di samping itu, Yang Berhormat juga berkongsi beberapa inisiatif yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC). Salah satu inisiatif tersebut ialah Program Kesedaran Awam Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Masyarakat (CBDRM) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan para penduduk mukim mukim dan kampong agar sentiasa peka akan risiko bencana serta persiapannya dalam menghadapi sebarang kejadian bencana dengan mengambil tindakan yang betul dan selamat. Selain itu, pihak pengurusan tersebut juga mengadakan Program Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Sekolah (SBDRM) untuk meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan para belia dalam mengenal risiko membuat tindakan yang betul dan selamat dalam menghadapi sebarang kejadian bencana dan cabaran yang berkemungkinan berlaku. Tujuan Program SBDRM ini adalah untuk mencapai hasrat ke arah membina golongan belia yang berdaya tahan dan sentiasa bersedia untuk di masa akan datang.

Yang Berhormat menjelaskan bahawa dengan menganjurkan program-program tersebut, NDMC berhasrat akan membantu Brunei Darussalam membina masyarakat yang berdaya tahan dalam menghadapi bencana. Dengan pengetahuan dan pengalaman sebagai panduan bagi mengurangkan impak bencana terhadap kehidupan seharian masyarakat.

Turut dikongsikan pencapaian Brunei Darussalam di bawah Projek Perkampungan ASEAN yang dikendalikan oleh ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre), yang dibiayai bersama oleh Brunei Darussalam, Republik Filipina dan Australia. Manakala, matlamat Brunei Darussalam iaitu sebagai Pengerusi ASEAN Summit pada tahun ini dalam mendorong negara-negara ASEAN untuk membantu mengatasi krisis di Myanmar juga ditekankan.

Dengan Brunei Darussalam berhadapan dengan gelombang kedua COVID-19 sejak Ogos lalu, di kesempatan itu juga Yang Berhormat merakamkan penghargaan terima kasih di atas sumbangan dan sokongan dari Singapura, China, Japan dan Australia kepada usaha Brunei Darussalam dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Pada masa yang sama, Mesyuarat 10th AMMDM juga menyaksikan sesi pelancaran "ASEAN Disaster Resilience Outlook (ADRO)" dan "ASEAN Mapping Exercise". Dokumen ADRO tersebut bertujuan untuk menilai prospek bagi merealisasikan ASEAN Vision 2025 on Disaster Management dan menjangkakan tindakan yang diperlukan untuk mempersiapkan rantau ASEAN bagi menghadapi risiko bencana di masa akan datang selepas tahun 2035. Manakala, Dokumen "ASEAN Mapping Exercise" bertujuan untuk mempromosikan sinergi diantara badan-badan sektoral ASEAN serta badan organisasi yang berkaitan dengan pengurusan bencana dan Sistem Pemantauan dan Penilaian Pengurusan Bencana secara dalam talian bagi AADMER Work Programme 2021-2025. 

Mesyuarat tersebut juga merupakan penglibatan pertama bagi Negeri Republik Rakyat China dan Negeri Jepun dalam ASEAN Ministerial Meeting On Disaster Management (AMMDM) dalam kolaborasi bersama serantau ASEAN, yang juga dikenali sebagai AMMDM Plus China dan AMMDM Plus Japan. Ahli-Ahli AMMDM telah mempersetujui atas penubuhan Mekanisme-Mekanisme tersebut pada tahun 2020 dan bertujuan untuk menyumbang kepada kerjasama ASEAN-China dan ASEAN-Japan dalam bidang pengurusan bencana, termasuk pengurangan risiko bencana. AMMDM Plus China dan AMMDM Plus Japan akan memberikan panduan dan arah strategik ke arah mekanisme koordinasi dan program kerjasama untuk mengembangkan hubungan persahabatan untuk mencapai pengurangan bencana dalam beberapa aspek dari sosial, ekonomi dan persekitaran di rantau ASEAN.

Brunei Darussalam, selaku pengerusi bagi sidang kemuncak ASEAN Ke-39 pada tahun ini akan berusaha untuk membina komuniti serantau yang lebih bersedia, dinamik dan berdaya tahan, selaras dengan tiga tema iaitu 'We Care, We Prepare, We Prosper'. 

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Yang Mulia Awang Md. Amir Hairil bin Haji Mahmud; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hafneh; Pemangku Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Yang Mulia Awang Shahrin bin Haji Mohammad Jawie; serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.

Created at 18/10/2021 08:45 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 19/10/2021 15:21 by Kartini Binti Yakub