Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA TAHUN 1443H/2021M

IMG_6073 (3).JPG

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengadakan Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1443H/2021M secara maya pada hari Ahad, malam Isnin, 11 Rabiulawal 1443H bersamaan 17 Oktober 2021M. Majlis ini dianjurkan bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Setia Ali, Pekan Muara.

Majlis disertai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis ini bermula setelah menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib dan seterusnya didahului dengan laungan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan majlis dikir. Majlis turut diisikan dengan Doa Dikir, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala supaya terselamat daripada bala dan segala jenis penyakit.

Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 1443H/2021M ini merupakan salah satu aktiviti tahunan kementerian bagi sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam dan memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulidur Rasul. Ianya juga bertujuan untuk menggalakkan warga kementerian untuk terus berselawat dan memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Majlis Dikir Maulud pada tahun ini diadakan secara maya buat julung kalinya berikutan penularan jangkitan COVID-19 di negara ini.

Turut menyertai majlis ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dari kalangan penghulu mukin dan ketua kampung, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung berserta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid.

IMG_6096 (3).JPG

Created at 18/10/2021 08:40 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 19/10/2021 15:22 by Kartini Binti Yakub