Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN KE KEJADIAN KEBAKARAN DI KAMPONG BURONG PINGAI AYER

IMG_5979.JPG

1. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah membuat lawatan ke kejadian kebakaran di Kampong Burong Pingai Ayer pada 17 Oktober 2021.

2. Lawatan Yang Berhormat Pehin dan Yang Berhormat-Yang Berhormat Dato hari ini adalah untuk meninjau kejadian kebakaran yang berlaku pada malam 16 Oktober 2021 yangmana sebanyak empat buah rumah telah ranap di dalam kejadian yang berlaku di Kampong Burong Pingai Ayer. Tujuan lawatan ini juga adalah untuk mendengar penerangan dari pihak-pihak berkepentingan mengenai status terkini dan tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam memberikan bantuan kepada penduduk-penduduk terjejas pada menjaga kesejahteraan dan keselamatan mereka.

3. Dalam lawatan ini, Yang Berhormat Pehin dan Yang Berhormat-Yang Berhormat Dato juga telah berkesempatan membuat kunjungan ke Kompleks Sukan Sungai Kebun berdekatan bagi melihat penempatan sementara penduduk kampung yang terjejas. 

4. Berikutan dengan kejadian ini, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menghulurkan sumbangan bantuan berupa catuan makanan dan beberapa barang keperluan harian kepada keluarga yang terjejas oleh kejadian kebakaran semalam.

5. Hadir sama menyertai lawatan ini ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Pegawai Daerah Brunei dan Muara; Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat dan agensi-agensi yang berkepentingan.

IMG_5986.JPGIMG_5992.JPGIMG_5993.JPG

Created at 18/10/2021 08:32 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 19/10/2021 15:22 by Kartini Binti Yakub