Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SAMBUTAN MEMPERINGATI HARI ULANG TAHUN PENUKARAN NAMA BANDAR BRUNEI KEPADA BANDAR SERI BEGAWAN KALI KE-51 TAHUN 2021

gambar Majlis memperingati Penukaran Nama Bandar Brunei.jpg

​Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar Bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir Selaku Tetamu Kehormat di Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Al Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji `Abdul `Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan diselajurkan dengan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Kali Ke-51 Tahun 2021 yang berlangsung secara maya pada hari Isnin, 27 Safar 1443 bersamaan 4 Oktober 2021, jam 2.00 petang.

 2. Bandar Brunei mula bertukar nama pada 4 Oktober 1970 dengan ditukar menjadi Bandar Seri Begawan. Sebagai mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dalam memajukan dan memodenkan Negara Brunei Darussalam, Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan ini di sambut pada 4hb Oktober setiap tahun. Pada tahun ini ianya disambut untuk kali yang ke-51 tahun. 

3. Sepanjang tempoh pembangunan Ibu Negara yang dulunya dikenali sebagai Bandar Brunei, berbagai-bagai bentuk kemajuan dan perkembangan pesat khususnya Bandar Seri Begawan telah dicapai dalam pelbagai aspek seperti prasarana, infrastruktur, perhubungan, keagamaan, pendidikan, perekonomian, kesejahteraan, perniagaan, keselamatan, social dan sebagainya. Dalam hubungan ini kita seharusnya bersama-sama berperanan dalam menjaga keselamatan, kebersihan dan keindahan Bandar Seri Begawan termasuklah menjaga prasarana dan kemudahan-kemudahan awam dalam mempertingkat lagi status Bandar Seri Begawan sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang unik dan menarik dengan mengekalkan indentiti kebruneian. 

 4. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin an Tahlil Bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Al Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji `Abdul `Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan diselajurkan dengan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Kali Ke-51 Tahun 2021 yang dipimpin oleh Yang Mulia Yang Mulia Imam Mohammad Hasnal bin Haji Mohammad, Imam Masjid Omar’Ali Saifiddein. 

5. Hadir sama dimajlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Ketua-Ketua Jabatan; Ahli-Ahli Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan; Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Created at 05/10/2021 12:58 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 05/10/2021 12:58 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong