Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SIARAN AKHBAR MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN DAN PERLINDUNGAN DIRI (PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT) DARIPADA REPUBLIK RAKYAT CHINA

IMG_5780.JPG


​1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan telah menerima sumbangan berupa peralatan dan perlindungan diri (Personal Protective Equipment) yang disumbangkan oleh Republik Rakyat China melalui Nanjing Municipal People’s Government, Syarikat Nanjing Chemical Construction Co., Ltd. dan Syarikat NJNCC (B) Sdn Bhd. Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pada hari ini. 

2. Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 

3. Sumbangan tersebut dihasrat akan dapat membantu Kementerian Kesihatan serta Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan melaksanakan tugas-tugas hariannya dalam pengurusan menangani penularan COVID-19 di negara ini dan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan petugas yang berada di barisan hadapan iaitu bukanklinikal dalam beberapa operasi bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam. 

4. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penderma-penderma yang terdiri daripada agensi kerajaan dan beberapa syarikat korporat dari Republik Rakyat China berkenaan yang telah memberikan sumbangan ikhlas bagi sama-sama membantu langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam. 5. Antara barangan yang disumbangkan ialah:- 

i. 50,000 unit topeng muka dan 1,000 protective clothing (gowns) yang disumbangkan oleh Nanjing Municipal People’s Government; dan 

ii. 41,000 unit topeng muka, 10,000 sarung tangan, 5,000 unit protective clothing (gowns) dan 5,000 isolation masks yang disumbangkan oleh Syarikat Nanjing Chemical Construction Co., Ltd. dan NJNCC (B) Sdn Bhd. 

6. Barangan PPE yang disumbangkan telahpun disampaikan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 

7. Dalam hubungan ini, sebelum sumbangan barangan PPE tiba ke Negara ini, upacara penyerahan juga diadakan di Bandar Nanjing, Republik Rakyat China pada 7hb September 2021 lepas dan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan dari Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri, Nanjing Municipal People’s Government, Nanjing Jiangbei Area, Nanjing Chemical Construction Co., Ltd. serta Nanjing Municipal Bureau of Commerce. 

8. Sumbangan barangan PPE dari Republik Rakyat China merupakan hasil dari jalinan persahabatan mendalam di antara kedua-dua buah negara. Sumbangan tersebut juga menunjukkan sokongan berterusan daripada Republik Rakyat China kepada usaha Brunei untuk menangani penularan wabak COVID-19 yang mana pihak Nanjing Municipal People’s Government dan syarikat Nanjing Chemical Construction Co., Ltd. juga pernah menyumbang pelbagai barangan PPE sebelum ini pada April 2020 yang lepas semasa gelombong pertama penularan wabak COVID-19 pada tahun yang lepas. 

9. Hubungan persahabatan di antara Bandar Seri Begawan dengan Nanjing, Republik Rakyat China telah dapat dipertingkatkan sejak tahun 2011 apabila kedua-dua bandaraya ini menjalin hubungan sister-city setelah menandatangani “Memorandum of Understanding For Establishing Sister Cities Between Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam and Nanjing, People’s Republic of China” yang telah ditandatangani di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Wen Jiabao, ‘Premier of State Council’ Republik Rakyat China, pada 21 November 2011. 

10. Hadir di majlis tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong; Setiausaha TetapSetiausaha Tetap daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan dan wakil daripada Nanjing Chemical Construction Co Ltd dan NJNCC (B) Sdn Bhd. 

IMG_5798.JPG

IMG_5809.JPGIMG_5816.JPG

Created at 28/09/2021 13:34 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 28/09/2021 13:34 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong