Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM KESEDARAN AWAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA PERINGKAT SEKOLAH (SCHOOL BASED DISASTER RISK MANAGEMENT – SBDRM PROGRAMME) PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2021 DI SEKOLAH MENENGAH PENGIRAN ANAK PUTERI

IMG-20210805-WA0027.jpg

Lumut, 4 Ogos 2021 – Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengadakan Program Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Sekolah (SBDRM) dengan kerjasama pihak Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan dan ahli-ahli jawatankuasa dari pihak NDMC. Program tersebut diadakan selama dua (2) hari bermula pada 3 hingga 4 Ogos 2021 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Lumut, Daerah Belait. 

Seramai kira-kira 33 orang penuntut dan guru telah mengikuti Program SBDRM ini yang terdiri daripada Tahun 9 hingga Tahun 11. Sepanjang program ini, para penuntut dan guru berpeluang untuk mengetahui akan fungsi dan peranan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan disamping meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan mereka dalam mengenal risiko dan membuat tindakan yang betul dan selamat serta bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kejadian bencana. Tambahan lagi, para penuntut berpeluang mengikuti latihan berkumpulan seperti aktiviti Do's and Don'ts sebelum, semasa dan selepas kejadian bencana, Nature Power, Grab Bag, Hazard Visit dan Membentuk Pelan Tindakan Menghadapi Bencana di Sekolah untuk kesiapsiagaan warga sekolah.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil ialah Yang Mulia Awang Md Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang). Beliau juga turut menyampaikan sijil penyertaan dan penghargaan kepada para penuntut dan fasilitator yang terlibat dalam melaksanakan Program SBDRM pada tahun ini. 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Yang Mulia Kolonel (B) Muhd Harrith Rashidi bin Hj Muhd Jamin, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Yang Mulia Haji Kamal Bahrin bin Haji Jamal, Pengetua Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Lumut, Daerah Belait, Yang Mulia Awang Taib bin Haji Salleh, Ketua Kampung Lumut I, Yang Mulia Awang  Haji Khairdon bin Haji Dahlan, Ketua Kampug Lumut II, serta para pegawai dan kakitangan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan pihak sekolah. 

Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan akan sentiasa menjalinkan hubungan kerjasama bersama agensi-agensi berkepentingan dalam menangani kejadian bencana di negara ini. Tujuan Program SBDRM dilaksanakan adalah bagi mencapai hasrat ke arah membina masyarakat yang berdaya tahan dalam menghadapai apa jua cabaran bencana yang berkemungkinan berlaku. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang telah diperolehi semasa menyertai Program SBDRM ini, adalah diharapkan ianya akan menjadi sebagai panduan bagi mengurangkan impak bencana ke atas kehidupan seharian masyarakat di Negara ini termasuk warga sekolah.

IMG-20210805-WA0030.jpgIMG-20210805-WA0028.jpgIMG-20210805-WA0029.jpg

Created at 05/08/2021 09:37 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 07/08/2021 09:49 by Syamsul Fikri Bin Hj Takong