Khamis, 01 April 2021 – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan
kerjasama Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC) hari ini telah mengadakan Taklimat Kesedaran
Kanser bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Hadir bagi menyampaikan Taklimat Kesedaran Kanser ialah Yang Mulia Datin Doktor Hajah
Noraslinah binti Haji Ramlee, Ketua Perkhidmatan Pencegahan Kanser dan Pengesanan Awal,
Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC).
Taklimat juga diserikan dengan pameran kesedaran kanser dan demonstrasi pemeriksaan
sendiri payudara (BSE).
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai dan
kakitangan wanita Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai penyakit kanser di
kalangan wanita; meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan
dengan mempraktikkan amalan cara hidup sihat; meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kesedaran tentang cara-cara pencegahan; dan meningkatkan pengetahuan mengenai
pengesanan peringkat awal tanda-tanda kanser.
Seramai lebih 40 orang pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
menghadiri taklimat ini.
