Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PELAN DE-ESCALATION TAHAP KELIMA "NEW NORMAL" BAGI PERKHIDMATAN PENYAJIAN MAKANAN DI PREMIS-PREMIS MAKANAN PERKHIDMATAN PENYAJIAN MAKANAN DI GERAI-GERAI TERBUKA; PAMERAN JUALAN, BAZAR ATAU EXPO; PAWAGAM; DAN PERKHIDMATAN EKK

COVID-19 SA KHEDN 06 MAC 2021 De-Escalation (ALL + EKK) v03-1.png

1.   Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan bahawa berpandukan kepada nasihat serta kenyataan media Kementerian Kesihatan mengenai dengan Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 dan Pengurangan Langkah-Langkah Pengawalan Wabak COVID-19 pada 22 Rejab 1442 bersamaan 06 Mac 2021, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin mengongsikan garis panduan bagi pelaksanaan Tahap Kelima "New Normal" bermula hari Isnin, 24 Rejab 1442 bersamaan 08 Mac 2021 bagi sektor-sektor seperti berikut:-

1.   Perkhidmatan Penyajian Makanan di Premis-Premis Makanan;

2.   Perkhidmatan Penyajian Makanan di Gerai-Gerai Terbuka;

3.   Pameran Jualan, Bazar atau Expo;

4.   Pawagam; dan

5.   Perkhidmatan dan Kemudahan Establishmen Kesihatan dan Kecantikan (EKK). 

2.   Garis Panduan bagi Premis-Premis Makanan seperti Restoran, Kafe, dan Food Court adalah seperti berikut:-

Bagi Pengusaha Premis Makanan

2.1   Pengurus premis makanan dikehendaki untuk menyediakan kod QR Bruhealth yang khusus bagi premis mereka dan seterusnya mencetak kod QR tersebut dalam jumlah yang mencukupi dan dilekatkan di beberapa kawasan yang sesuai seperti kawasan pintu masuk premis untuk diimbas oleh pelanggan sebelum masuk dan sejurus sebelum meninggalkan premis.  Bagi memudahkan pengunjung-pengunjung yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR, pengurus premis boleh menyediakan buku daftar bagi mencatat butiran peribadi pengunjung.

2.2   Premis makanan boleh beroperasi pada kadar kapasiti seperti biasa.

2.3   Penyediaan makanan secara buffet adalah dibenarkan.

2.4   Pekerja-pekerja premis makanan yang mengendalikan dan menyediakan makanan adalah digalakkan untuk sentiasa memakai penutup muka yang bersesuaian dengan tugas pengendali makanan.

2.5   Pekerja premis makanan yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk tidak hadir bekerja.

2.6   Mana-mana pengusaha-pengusaha premis makanan yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.

2.7   Pengusaha-pengusaha premis makanan adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

Bagi Pengunjung Premis Makanan

2.8   Para pengunjung hendaklah mengimbas kod QR di premis.  Para pengunjung yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR bolehlah mengisikan butiran peribadi ke dalam buku daftar yang disediakan oleh premis makanan.

2.9   Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer serta menggunakan sungkup muka apabila berada di kawasan yang penuh sesak.

2.10   Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda jangkitan adalah dinasihatkan untuk tidak mengunjungi premis makanan sehingga telah sembuh.

 

3.   Manakala Garis Panduan bagi Gerai-Gerai Terbuka adalah seperti berikut:-

Bagi Pengusaha Gerai Terbuka

3.1   Pengurus gerai-gerai terbuka dikehendaki untuk menyediakan kod QR Bruhealth yang khusus bagi premis mereka dan seterusnya mencetak kod QR tersebut dalam jumlah yang mencukupi dan dilekatkan di beberapa kawasan yang sesuai seperti kawasan pintu masuk premis untuk diimbas oleh pelanggan sebelum masuk dan sejurus sebelum meninggalkan premis.  Bagi memudahkan pengunjung-pengunjung yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR, pengurus gerai boleh menyediakan buku daftar bagi mencatat butiran peribadi pengunjung.

3.2   Jumlah pengunjung yang dibenarkan untuk masuk ke dalam premis gerai terbuka adalah dihadkan kepada 1,000 orang sahaja pada satu masa mengikut garis pandu perkumpulan ramai (mass gathering) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

3.3   Pengurus gerai untuk mengadakan kawalan bersesuaian bagi kawasan gerai.

3.4   Gerai-gerai terbuka yang menyediakan perkhidmatan dine-in boleh beroperasi pada kadar kapasiti seperti biasa.

3.5   Pekerja-pekerja gerai-gerai terbuka yang mengendalikan dan menyediakan makanan adalah digalakkan untuk sentiasa memakai penutup muka yang bersesuaian dengan tugas pengendali makanan.

3.6   Peniaga gerai terbuka yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk tidak hadir berniaga.

3.7   Mana-mana pengusaha-pengusaha gerai makan yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.

3.8   Pengusaha-pengusaha gerai makan adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

Bagi Pengunjung Gerai Terbuka

3.9   Para pengunjung hendaklah mengimbas kod QR di premis.  Para pengunjung yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR bolehlah mengisikan butiran peribadi ke dalam buku daftar yang disediakan oleh pihak pengurusan gerai.

3.10   Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer serta menggunakan sungkup muka apabila berada di kawasan yang penuh sesak.

3.11   Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda jangkitan adalah dinasihatkan untuk tidak mengunjungi gerai makan sehingga telah sembuh.

 

4.   Manakala Garis Panduan bagi Kebenaran bagi Mengadakan Pameran Jualan, Bazar dan Expo pula adalah seperti berikut:-

Bagi Penganjur

4.1   Pihak penganjur dikehendaki untuk menyediakan kod QR Bruhealth yang khusus dan seterusnya mencetak kod QR tersebut dalam jumlah yang mencukupi dan dilekatkan di beberapa kawasan yang sesuai seperti kawasan pintu masuk premis untuk diimbas oleh pelanggan sebelum masuk dan sejurus sebelum meninggalkan premis.  Bagi memudahkan pengunjung-pengunjung yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR tersebut, pihak penganjur adalah dikehendaki untuk menyediakan buku daftar bagi mencatat butiran peribadi pengunjung.

4.2   Jumlah pengunjung yang dibenarkan untuk masuk ke dalam pameran jualan, bazar atau expo adalah dihadkan kepada 1,000 orang sahaja pada satu masa mengikut garis pandu perkumpulan ramai (mass gathering) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

4.3   Pengurus premis/ penganjur digalakkan menyediakan hand sanitizer di pintu-pintu masuk kawasan pameran jualan, bazar atau expo.

4.4   Pengurus premis/ penganjur untuk mengadakan kawalan bersesuaian bagi kawasan pameran jualan, bazar atau expo.

4.5   Pekerja bagi pameran jualan, bazar atau expo khususnya pengendali/ penyedia makanan adalah digalakkan untuk menggunakan penutup muka yang bersesuaian dengan tugas pengendali makanan.

4.6   Pihak pengurus premis/ penganjur adalah digalakkan untuk mengadakan pemeriksaan suhu badan pengunjung sebelum memasuki pameran jualan, bazar atau expo.

4.7   Mana-mana pekerja pameran jualan, bazar atau expo yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk tidak hadir bekerja.

4.8   Penganjur yang mengadakan pameran jualan, bazar atau expo yang melibatkan bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hendaklah menghadapkan permohonan kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui sistem Onebiz.  Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian Darussalam 123.

4.9   Mana-mana penganjur pameran jualan, bazar atau expo yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.

4.10   Penganjur pameran jualan, bazar atau expo adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

Bagi Pengunjung

4.11   Para pengunjung hendaklah mengimbas kod QR sebelum memasuki kawasan pameran jualan, bazar atau expo.  Para pengunjung yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR bolehlah mengisikan butiran peribadi ke dalam buku daftar yang disediakan oleh pihak penganjur.

4.12   Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer serta menggunakan sungkup muka apabila berada di kawasan yang penuh sesak.

4.13   Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda jangkitan adalah dinasihatkan untuk tidak mengunjungi pameran jualan, bazar atau expo sehingga telah sembuh.

 

5.   Garis Panduan bagi Pawagam pula adalah seperti berikut:-

Bagi Penganjur

5.1   Pengurus pawagam adalah dikehendaki untuk menyediakan kod QR Bruhealth di setiap pawagam untuk diimbas oleh pengunjung sebelum masuk dan sejurus sebelum meninggalkan premis.  Bagi memudahkan pengunjung-pengunjung yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR tersebut, pengurus pawagam adalah dikehendaki untuk menyediakan buku daftar bagi mencatat butiran peribadi pengunjung.

5.2   Pihak pengurus pawagam adalah dibenarkan beroperasi dengan jumlah kapasiti biasa (normal capacity) ruang duduk pawagam berkenaan dan tidak dikenakan had umur.

5.3   Pihak pengurus pawagam adalah digalakkan untuk menyediakan hand sanitizer bagi setiap pengunjung.

5.4   Pihak pengurus pawagam adalah digalakkan untuk membuat pemeriksaan suhu badan pengunjung sebelum memasuki pawagam.

5.5   Mana-mana pekerja pawagam yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk tidak hadir bekerja.

5.6   Pemilik atau pengusaha pawagam adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

Bagi Pengunjung

5.7   Para pengunjung hendaklah mengimbas kod QR di pawagam.  Para pengunjung yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR bolehlah mengisikan butiran peribadi ke dalam buku daftar yang disediakan oleh pihak pengurusan pawagam.

5.8   Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer serta menggunakan sungkup muka apabila berada di kawasan yang penuh sesak.

5.9   Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda jangkitan adalah dinasihatkan untuk tidak mengunjungi pawagam sehingga telah sembuh.

 

6.   Garis Panduan bagi Perkhidmatan dan Kemudahan Establishmen Kecantikan dan Kesihatan (EKK) pula adalah seperti berikut:-

Bagi Pengurus Premis Establishmen Kesihatan dan Kecantikan

6.1   Pengurus dikehendaki untuk menyediakan kod QR Bruhealth yang khusus bagi premis mereka dan seterusnya mencetak kod QR tersebut dalam jumlah yang mencukupi dan dilekatkan di beberapa kawasan yang sesuai seperti kawasan pintu masuk premis.  Bagi memudahkan pelanggan-pelanggan yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR, pengurus boleh menyediakan buku daftar bagi mencatat butiran peribadi pelanggan.

6.2   EKK adalah dibenarkan untuk beroperasi dengan jumlah kapasiti biasa.

6.3   EKK adalah digalakkan untuk membuat pemeriksaan suhu badan pelanggan sebelum memasuki premis.

6.4   EKK adalah digalakkan untuk menyediakan hand sanitizer berdekatan dengan pintu masuk premis EKK.

6.5   Semua pekerja adalah digalakkan untuk menggunakan sungkup muka (face mask) semasa menjalankan rawatan atau aktiviti EKK.

6.6   Pengurus Premis EKK adalah dinasihatkan untuk memastikan semua pekerja untuk sentiasa menjaga kebersihan diri.

6.7   Pengurus Premis EKK adalah dinasihatkan untuk memastikan ruang premis EKK dan ruang rehat pekerja untuk sentiasa bersih pada setiap waktu.

6.8   Pekerja premis EKK yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk tidak hadir bekerja.

6.9   Memastikan semua peralatan yang digunakan untuk dibersihkan atau disterilisasikan setelah digunakan.

6.10   Mana-mana premis EKK yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.

6.11   Pengurus premis EKK adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

Bagi Pelanggan

6.12        Para pelanggan hendaklah mengimbas kod QR di premis EKK.  Para pelanggan yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimbas kod QR bolehlah mengisikan butiran peribadi ke dalam buku daftar yang disediakan oleh pihak pengurusan premis.

6.13   Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer.

6.14   Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda jangkitan adalah dinasihatkan untuk tidak mengunjungi premis EKK sehingga telah sembuh.  

6.15   Pelanggan adalah digalakkan untuk membuat temu janji awal sebelum menjalankan perkhidmatan atau rawatan di premis EKK.


7.   Untuk maklumat lanjut, para pengurus premis-premis makanan, gerai-gerai terbuka, pameran jualan, bazar atau expo, pawagam dan Establishmen Kesihatan dan Kecantikan (EKK) serta orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di www.moha.gov.bn.

 

 -TAMAT-


Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam

22 Rejab 1442 / 06 Mac 2021

Created at 10/03/2021 14:43 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 10/03/2021 15:03 by Kartini Binti Yakub