Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PROGRAM LATIHAN PENYELARAS KESIAPSIAGAAN BENCANA (DISASTER PREPAREDNESS COORDINATOR SIRI 2 - DPC2); YOUTH PREPAREDNESS AND RESPONSE TEAM (YPRT) COURSE


IMG_6373.JPG


Khamis, 04 Februari 2021 - Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan telah mengadakan Program Latihan Penyelaras Kesiapsiagaan Bencana, iaitu Disaster Preparedness Coordinator (DPC) Siri 2 dengan kerjasama jabatan-jabatan dan badan organisasi berkaitan bermula pada 1 hingga 4 Februari 2021 bertempat di Pusat Pembangunan Belia, Jalan Utama Tanah Jambu, Kg Tanah Jambu dan Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas.

Program DPC adalah kesinambungan kepada Program Forum dan Bengkel Peranan Belia dalam Pengadaptasian Perubahan Iklim dan Pengurangan Risiko Bencana (CCA dan DRR) yang telah diadakan pada 18 hingga 19 November 2020 yang mana telah melibatkan para belia di kalangan Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan Badan-Badan Organisasi berkenaan.

Seramai 39 orang peserta belia and pemimpin belia lelaki dan perempuan yang berumur di antara 18 hingga 50 tahun telah mengikuti Program Latihan ini. Para peserta adalah termasuk para belia di peringkat akar umbi dari keempat-empat daerah, Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Pasukan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam, dan Sukarelawan Belia.

Agensi-agensi yang terlibat selaku tenaga pengajar dalam program latihan ini adalah terdiri dari Jabatan-Jabatan Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, Jabatan Kerja Raya, Urusetia Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perhutanan, Perkhidmatan Kecemasan Ambulans Perubatan (EMAS) Kementerian Kesihatan, Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam dan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

Sepanjang program empat hari ini, para peserta telah mendengarkan beberapa sesi taklimat berkaitan iaitu Terma Rujukan DPC, Pengenalan mengenai Pengurusan Bencana di Negara Brunei Darussalam dan Tindakan-Tindakan Pengurangan Risiko Bencana. Taklimat-taklimat daripada agensi berkenaan iaitu yang berkaitan dengan pengadaptasian perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana juga turut disampaikan.

Selain itu, para peserta juga berkesempatan melaksanakan aktiviti di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas iaitu penanaman anak pokok sebanyak 100 pohon dalam mendokong komitmen Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi meningkatkan penyerapan karbon (carbon sink) melalui penghutanan semula (reforestation) dan untuk mencapai sasaran menanam sebanyak 500,000 pokok menjelang tahun 2035 Pada hari yang sama, para peserta juga telah diberikan latihan melalui senario latihan simulasi dalam menangani kecemasan kejadian bencana yang mana ianya dihasratkan bagi mencapai salah satu objektif program iaitu bagi meningkatkan keupayaan para peserta dalam mengurangkan risiko kejadian sebelum, semasa dan selepas kejadian bencana.

Hadir selaku tetamu kehormat semasa Majlis Penutup Program Latihan DPC-2 ini dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil pengiktirafan beserta jaket atau vest DPC ialah Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan Bella dan Sukan, Pegawai-Pegawai Daerah, Pengarah NDMC serta Ketua-Ketua Jabatan berkenaan dan Ketua-Ketua Badan Organisasi berkenaan.
 
Adapun tujuan Program Latihan DPC2 ini diadakan adalah bagi mengiktirafkan para belia dan pemimpin belia dari mukim dan kampung serta badan-badan organisasi berkenaan yang boleh membantu NDMC dan Jabatan Daerah selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah serta agensi-agensi berkepentingan selaku rakan strategik NDMC dalam melaksanakan apa jua aktiviti berkaitan pengadaptasian perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana termasuk kesiapsiagaan dan tindak balas seperti tugas-tugas menangani kejadian bencana melalui kerjasama Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di negara ini.
 
Para peserta yang diiktiraf juga diharapkan untuk membantu NDMC dalam merancang dan mengadakan program kesedaran awam yang bertujuan untuk mengembangkan lagi pengetahuan dan kesedaran masyarakat di negara ini mengenai kepentingan dalam mengambil tindakan yang betul bagi mengurangkan risiko dan impak bencana.


IMG_6355.JPG IMG_6461.JPG IMG_6477.JPG
Created at 05/02/2021 18:09 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 05/02/2021 19:06 by Hasrom Haji Mohammad Husain