Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PEMERIKSAAN KESIHATAN PROGRAM 'WORKPLACE AND HEALTH' (WAH) BAGI WARGA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

0002.jpeg


BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Januari – Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Gleneagles Jerudong Park Medical Centre dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengadakan sesi Pemeriksaan Kesihatan Program "Workplace and Health (WAH) bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pemeriksaan kesihatan berkenaan diadakan selama dua hari, bermula 27 hingga 28 Januari 2021 di Aras Bawah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam dan Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan.

Aktiviti pemeriksaan kesihatan berkenaan merupakan sebahagian daripada Program Tempat Kerja dan Kesihatan (WAH) bagi warga perkhidmatan awam sesi 2020-2021.

Program WAH juga adalah program kolaborasi Private Public Partnership (PPP) di antara Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Gleneagles JPMC bagi menggalakkan tempat kerja untuk menyediakan persekitaran dan tindakan yang menyokong pekerja untuk menjadi lebih aktif, mengamalkan pemakanan sihat, bebas dari rokok dan mempunyai kesejahteraan mental yang baik. Ia turut bertujuan untuk mengukuhkan program gaya hidup sihat di tempat kerja, iaitu "Workplace Health Promotion Programme (WHPP)" di semua Kementerian menjelang akhir tahun 2021.

Program WAH ini merangkumi beberapa komponen seperti sesi pemeriksaan dan pemantauan kesihatan fizikal, khususnya bagi pemantauan tekanan darah dan Indeks Jisim Badan (Body Mass Index); dan Sesi senaman berkumpulan selepas waktu bekerja secara percuma setiap minggu yang diketuai oleh studio kecergasan.

1.JPG IMG_6045.JPG IMG_6022.JPG
Created at 01/02/2021 09:45 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 01/02/2021 14:40 by Hasrom Haji Mohammad Husain