Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SESI MUZAKARAH KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BERSAMA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA

IMG_5352.JPG



Isnin, 18 Januari 2021 - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama 18 orang Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini telah mempengerusikan sesi muzakarah tersebut.

Sesi muzakarah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Muhd Zakaria bin Haji Mohd Salleh, Pegawai Hal Ehwal Masjid dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Selaku Pengerusi Sesi Muzakarah tersebutUcapan balas disampaikan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon selaku ketua delegasi Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.


Yang Berhormat Pehin di dalam ucapan alu-aluan menyentuh mengenai penyediaan rangka Pelan Strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 2022–2026 yang lebih komprehensif dengan mengambil kira aspirasi, inisiatif-inisiatif dan perancangan-perancangan yang sedia ada termasuk daripada Digital Masterplan Economy 2025, Economic Blueprint For Brunei Darussalam, pelan-pelan strategik kementerian-kementerian dan sebagainya dalam sama-sama merealisasikan matlamat negara khususnya dalam menjayakan Wawasan 2035. Di antara lain, Kementerian ini akan: Memantapkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan orang ramai; Memantapkan sistem tahanan dan pengawalan penghuni; Memperkukuhkan Institusi Mukim dan Kampong dan Meningkatkan prasarana-prasarana bagi mendokong sosio-ekonomi.


Sesi muzakarah diteruskan dengan taklimat daripada Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai pencapaian-pencapaian dan inisiatif-inisiatif setiap Jabatan selaras dengan teras strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi tahun 2017-2021 iaitu memelihara keselamatan awam, memantapkan perpaduan masyarakat dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi.


Sesi muzakarah ini adalah dihasratkan untuk dijadikan wadah untuk bertukar-tukar fikiran, mengongsikan pandangan yang membina, menerima cadangan dan juga mendengar isu-isu semasa yang akan dapat menyumbang kepada merapatkan lagi jurang dalam perkhidmatan dan dasar Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.


Hadir di sesi muzakarah tersebut ialah Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Awang Azmi bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


Ucapan YB Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Muzakarah MMN).pdf




IMG_5398.JPG IMG_5373.JPG IMG_5384.JPG

Created at 18/01/2021 18:50 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 19/01/2021 08:00 by Hasrom Haji Mohammad Husain