Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN TINJAUAN YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN YANG BERHORMAT MENTERI KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN KE KAWASAN-KAWASAN TERJEJAS BANJIR DI DAERAH TUTONG

IMG_3088.JPG

Khamis, 03 Disember 2020 - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah membuat lawatan tinjauan ke kawasan-kawasan terjejas banjir di Daerah Tutong pada 03 Disember 2020.

Lawatan kerja Yang Berhormat Pehin dan Yang Berhormat Dato ke Daerah Tutong hari ini adalah merupakan kesinambungan kepada lawatan ke kawasan terjejas banjir di Daerah Temburong pada hari Selasa, 01 Disember 2020 bersama pegawai-pegawai Daerah selaku Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) yang bertindak sebagai penyelaras bersama di peringkat daerah.

Sebagai usaha berterusan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (DDMC) Tutong dengan kerjasama pelbagai agensi-agensi Kerajaan yang berkepentingan termasuk dokongan padu dari pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, akan meneruskan kerja-kerja pemantauan dan perkhidmatan bantuan kepada penduduk-penduduk pada menjaga kesejahteraan dan keselamatan mereka di kawasan-kawasan yang terjejas oleh banjir di daerah tersebut. 

Dalam lawatan ini, Yang Berhormat Pehin dan Yang Berhormat Dato juga telah berkesempatan membuat kunjungan ke beberapa buah rumah penduduk di Kampong Layong, Kampong Tanjong Maya dan Kampong Lubok Pulau dan seterusnya menghulurkan sumbangan bantuan berupa catuan makanan, pack meal tiga kali sehari dan beberapa barang keperluan harian seperti tilam, bantal dan selimut kepada keluarga yang terjejas oleh kejadian banjir.

Hadir sama menyertai lawatan ini ialah Yang Berhormat Awang Haji Wahab bin Apong, Penghulu Mukim Tanjong Maya, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Penghulu Mukim Telisai, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, CO dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan agensi-agensi yang berkepentingan.
IMG_2734.JPG IMG_3019.JPG IMG_3620.JPG
Created at 04/12/2020 08:40 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 11/01/2021 07:40 by Hasrom Haji Mohammad Husain