Selasa, 01 Disember 2020 - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan telah membuat lawatan tinjauan ke kawasan-kawasan terjejas banjir dan tanah susur di Daerah Temburong pada 01 Disember 2020.
Lawatan kerja Yang Berhormat Pehin dan Yang Berhormat Dato pada hari ini adalah untuk melihat keadaan kawasan-kawasan yang telah ditimpa banjir dan kejadian tanah susur pada 27 November 2020 yang lalu di Kampong Temada dan Mukim Batu Apoi. Susulan daripada itu, tindakan bersepadu agensi-agensi kerajaan telah bertindak dengan membuat kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas akibat kejadian tanah susur.
Pihak Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melalui Jabatan Permbangunan Masyarakat telah memberikan sumbangan bantuan berupa catuan makanan kepada penduduk kampung yang terjejas oleh kejadian ini.
Hadir sama menyertai lawatan ini ialah Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pemangku Pengarah Pusat Bencana Kebangsaan, ketua-ketua kampung serta pegawai-pegawai agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan.