Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

8TH ASEAN MINISTERIAL MEETING ON DISASTER MANAGEMENT (AMMDM) DAN 9TH CONFERENCE OF THE PARTIES TO THE ASEAN AGREEMENT ON DISASTER MANAGEMENT AND EMERGENCY RESPONSE (COP TO AADMER)

IMG_1875.JPG

Jumaat, 27 November 2020 - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini telah menghadiri 8th ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM) dan 9th Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (COP to AADMER) secara maya, dipengerusikan oleh Negara Republik Filipina pada tahun ini.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri-Menteri ASEAN yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana membawa tema "Advancing transformation towards a safer, adaptive, inclusive and resilient ASEAN and realizing our Vision as the global leader in disaster management" antara lain membincangkan cara-cara untuk memperkukuhkan lagi tindak balas ASEAN secara bersama terhadap sebarang bencana serta menilai pelaksanaan ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) ke arah merealisasikan hasrat untuk membangun masyarakat yang selamat dan berdaya tahan bencana.

Mesyuarat dipengerusikan oJeh Tuan Yang Terutama Deflin N. Lorenzana, Secretary of National Defense, Republik Filipina.

Semasa mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah antara lainnya menekankan kepentingan peningkatan kerjasama serantau khususnya dalam bidang pengurusan bencana bagi menangani cabaran yang dihadapi pada masa ini dan yang akan datang.

Di samping itu juga, Yang Berhormat juga berkongsi inisiatif Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) yang akan dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) secara berterusan.

Jelas Yang Berhormat, Program CBDRM tersebut telah dikendalikan oleh NDMC sejak tahun 2010 yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan para penduduk mukim dan kampong agar sentiasa peka akan risiko bencana serta persiapannya dalam menghadapi sebarang kejadian bencana dengan mengambil tindakan yang betul dan selamat.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga berkongsi inisiatif terkini Negara Brunei Darussalam melalui Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) ke arah membina keupayaan masyarakat dalam menghadapi bencana antara lainnya melalui Forum dan Bengkel Peranan Belia Dalam Pengadaptasian Perubahan Iklim dan Pengurangan Risiko Bencana.

Forum dan bengkel tersebut bertujuan untuk membangun masyarakat yang berdaya tahan melalui peningkatan program kesedaran awam dan peningkatan kesiapsiagaan masyarakat terutama di kalangan para belia dalam pengadaptasian perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana di negara ini.

Yang Berhormat menjelaskan bahawa dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti tersebut, NDMC berhasrat akan membantu Negara Brunei Darussalam membina masyarakat yang berdaya tahan dalam menghadapi bencana.

Sesi pelancaran "2nd Edition of ASEAN-ESCAP Joint Study on Drought: Ready for the Dry Years: Building Resilience To Drought in South East Asia" juga telah diadakan semasa mesyuarat tersebut.

Pelancaran dokumen ini merupakan salah satu hasil kajian yang dikendalikan bersama oleh pihak ASEAN dengan kerjasama pihak United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (ESCAP) yang bertujuan untuk menilai impak kejadian kemarau kepada sosio-ekonomi di rantau ASEAN.

Turut di undang untuk menyaksikan sesi pelancaran ini ialah Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN di mana Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan.

Mesyuarat tersebut juga meluluskan AADMER Work Programme 2021-2025 iaitu dokumen yang merupakan rangka kerja serantau bagi kerjasama, koordinasi, bantuan teknikal dan pengkerahan sumber dalam semua aspek pengurusan bencana pada lima tahun akan datang.

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Yang Mulia Awang Md. Amir Hairil Bin Haji Mahmud, Pemangku Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Yang Mulia Awang Shahrin bin Haji Mohammad Jawie serta Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementeriaan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.
IMG_1834.JPG IMG_1857.JPG IMG_1867.JPG
Created at 27/11/2020 17:28 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 11/01/2021 08:00 by Hasrom Haji Mohammad Husain