Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN MEMPERINGATI HARI ULANG TAHUN PENUKARAN NAMA BANDAR BRUNEI KEPADA BANDAR SERI BEGAWAN KE-50 BAGI 1442H/2020M

IMG_1785.JPG

Khamis, 26 November 2020 - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Kali Ke-50 bagi Tahun 2020 bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Seramai 328 orang telah hadir mewakili 1722 orang peserta yang terlibat dalam pembacaan 50 kali khatam Al-Quran yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Penuntut-Penuntut Institusi-lnstitusi Pengajian Tinggi, pihak swasta, perkumpulan dan orang perseorangan.

Perhimpunan dalam Majlis Khatam Al-Quran Al-Karim ini adalah bertujuan untuk sama-sama mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang diungkayahkan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan yang berbentuk keagamaan yang di harap akan dapat menambah nilai kepada Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Ke-50 pada tahun ini.

Inisiatif ini adalah juga bagi memperkembangkan lagi usaha berterusan untuk memperkukuhkan Agama Islam kepada Bandar Seri Begawan dengan imej yang baik dan indah lebih-lebih lagi sesuai dengan sifatnya selaku Bandar Negara Melayu Islam Beraja atau Bandar Negara Zikir.

Majlis bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai di mulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang di pimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sementara bacaan Takhtim dan Doa Khatam dibacakan oleh YM Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh, Pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien .

Majlis di'imarahkan dengan dikir Marhaban beramai-ramai.

Doa Kesyukuran dibacakan oleh YM Begawan Mudim Haji Metassim bin Haji Metussin, Pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-AhIi Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Ahli-AhIi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan.

IMG_1812.JPG IMG_1817.jpg IMG_1824.jpg
Created at 26/11/2020 21:57 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 11/01/2021 08:07 by Hasrom Haji Mohammad Husain