Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

OPENING CEREMONY FOR THE WAREHOUSE MARKET 2020 (BY D'SUNLIT SDN BHD)

IMG_1449.JPG

Khamis, 26 November 2020 - Dengan pendekatan unik yang diilham­kan daripada jualan gudang, D'Sunlit Sendirian Berhad menganjurkan Warehouse Market 2020 di mana perniagaan-per­niagaan tempatan berkumpul di bawah satu bumbung untuk mempamerkan produk terbaik mereka.

Acara jualan selama lima hari ber­mula hari ini di Kawasan Letak Kereta D'Sunlit Sendirian Berhad, Dato Paduka Haji Danial bin Haji Hanafiah dan Pengarah Urusan D'Sunlit, Jackson Ting.

Dato Paduka Haji Danial dalam ucapannya berkata, acara berkenaan memberi peluang kepada para peserta pameran untuk berkumpul dan mempamerkan produk mereka dari pelbagai kategori dengan harga potongan.

Dengan tahun 2020 hampir ke peng­hujungnya, beliau berkata, ini juga merupakan peluang terbaik bagi peng­guna untuk mendapatkan tawaran dan pengalaman menarik daripada pasaran gudang.

Jualan gudang berkenaan mem­berikan pengalaman baharu dan me­nyeronokan, di mana pelanggan boleh memilih pelbagai produk dengan har­ga berpatutan daripada peniaga dan syarikat tempatan.

Di samping itu, pelbagai aktiviti me­narik juga diadakan seperti Shop & Win, mencari barangan bertanda W di mana pelanggan boleh membeli barang dengan harga murah dan peraduan The Wear-house untuk para pereka fesyen.

Bawah Tanah Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), di sini, telah dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut sama merasmikan acara itu ialah Pengiran Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit. Pengarah Eksekutif.

Antara yang menyertai acara itu ialah Imagine Sendirian Berhad yang menawarkan produk bundle terkini manakala itu, DST menawarkan produk MOBI yang dilan­carkan baru-baru ini.

Selain itu, NBT Brunei juga mem­pamerkan model kereta terkini seperti Toyota Noah, Toyota Wigo dan Toyota Cross.

NBT juga menganjurkan peraduan Wear House OOTD di mana mereka yang ingin menyertai peraduan berke­naan hendaklah memakai pakaian ter­baik, dan bergambar di kawasan Seni Grafiti yang disediakan bersama Toyota Wigo dan seterusnya memuat naik ke Instragram peribadi dengan tag yang ditetapkan.

Dalam pada itu, jawatankuasa pe­nganjur juga mengetatkan prosedur operasi standard bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini dan mematuhi semua langkah ber­jaga-jaga dan akan mengambil lang­kah-langkah keselamatan berdasar­kan peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa yang berkaitan.

IMG_1675.JPG IMG_1703.JPG IMG_1722.JPG

Created at 26/11/2020 16:15 by Hasrom Haji Mohammad Husain
Last modified at 11/01/2021 08:00 by Hasrom Haji Mohammad Husain