Selasa, 24 November 2020 - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada pagi ini telah menyambung lagi dengan siri taklimat yang mana pada hari ini menyasarkan mengenai penyalahgunaan dadah serta pencegahannya bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri yang diadakan pada 24 November 2020, 8.15 Pagi, bertempat Di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Sesi taklimat yang disampaikan oleh Jabatan Biro Kawalan Narkotik ini adalah satu inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang dibuat secara berfasa yang mana disasarkan untuk pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
Taklimat ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran serta menambah ilmu pengetahuan dikalangan pegawai kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya serta tentang bahayanya penyalahgunaan dadah yang mana boleh membuat impak yang negatif kepada masyarakat, bahkan juga negara.
Selain daripada itu peserta-peserta juga berkesempatan melihat pameran mengenai dadah yang disediakan oleh Jabatan Biro Kawalan Narkotik.
Hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Perwakilan daripada Biro Kawalan Narkotik dan Taklimat Mengenai Penyalahgunaan Dadah serta Pencegahannya disampaikan oleh Awang Rudy Anis bin Abdullah Gudin, Penolong Pegawai Narkotik II wakil daripada Jabatan Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri.
Lebih kurang 70 Orang Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Jabatan-Jabatan dibawahnya menghadiri taklimat tersebut. Siri Taklimat anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan ini akan diadakan secara berterusan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya dari semasa ke semasa.
