Rabu, 18 November 2020 - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini menganjurkan satu taklimat khas menjurus kepada penerapan iman dan amanah bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bertempat di Dewan Tripartite, Jabatan Buruh.
Taklimat khas ini termasuk Peraturan-Peraturan Am Perkhidmatan Awam dan Rukun Akhlak dan Etika Kerja menjurus kepada penerapan iman dan amanah yang masing-masing disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Janatul Juliana binti Haji Ahmed, Pegawai Kakitangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yang Mulia Dr Haji Harapandi Dahri, Pengarah Pusat Pengkajian Jawi Dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB)
Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam melalui taklimat yang berterusan kepada warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya.
Lebih kurang 70 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya iaitu Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan menghadiri taklimat berkenaan.