Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN HIJRAH KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1442H/ 2020M KELOLAAN JABATAN BURUH

IMG_5742.JPG

1. Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Bagi Tahun 1442H/2020M kelolaan Jabatan Buruh telah diadakan pada 13 Muharram 1442H bersamaan dengan 01 September 2020M bertempat di Dewan Tripartite, Ibu Pejabat Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan.

2. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.)  Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

3. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah secara beramai-ramai. Majlis diserikan dengan Ceramah Khas Sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1442 bertajuk "Penghijrahan dan Mengambil Pengajaran dari COVID-19" yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Dr. Harapandi Amaq Hairani, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).

4. Majlis ini adalah kegiatan tahunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertujuan antara lain untuk membesarkan hari-hari kebesaran Islam sebagai iktibar dan peringatan kepada kehidupan seharian. Ia juga bertujuan untuk menguatkan pegangan beragama yang sebenar-benarnya bagi keseluruhan warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya supaya dapat memberikan kesan dan penghayatan yang positif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab perkhidmatan mereka dengan cemerlang. Ia juga adalah wadah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai dan kakitangan kementerian demi untuk meraih keredhaan dan keampunan daripada Allah Subhanahu Wataala.

5. Turut hadir di majlis tersebut Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Pemangku Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kementerian hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.


IMG_5750.JPG  IMG_5738.JPGIMG_5739.JPG

Created at 03/09/2020 15:34 by Noorhalinah Binti Hj Muhammad
Last modified at 03/09/2020 15:47 by Noorhalinah Binti Hj Muhammad