Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERMOHONAN LESEN ESTABLISMEN KECANTIKAN DAN KESIHATAN (EKK) DIBUAT ATAS TALIAN (ONLINE)


1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kaunter-kaunter bagi permohonan Lesen Establismen Kecantikan dan Kesihatan (EKK) di Bangunan Design & Technology, Anggerek Desa, Daerah Brunei dan Muara dan kaunter-kaunter permohonan di Jabatan-Jabatan Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah adalah ditutup bermula 01 Julai 2020.

2. Sehubungan dengan ini, orang ramai yang berhasrat untuk memulakan perniagaan dalam bidang EKK atau ingin membaharui Lesen EKK bolehlah membuat permohonan secara atas talian (online) dengan melayari Portal OneBiz https://onebiz.business.gov.bn.   

3. Maklumat berkaitan dengan proses permohonan Lesen EKK yang baru boleh melayari laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri www.moha.gov.bn.  

4. Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran seperti berikut:-

Jabatan Daerah Brunei dan Muara

2381454

Jabatan Daerah Belait

3334335/6/7 ext. 1111 / 1125

Jabatan Daerah Tutong

4222491 ext. 133

Jabatan Daerah Temburong

5221266/5 ext. 117

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan

2232424 ext. 304

Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria

3330780 ext. 111/313

Jabatan Bandaran Tutong

4221009 ext. 200 / 8117115

 

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 

Negara Brunei Darussalam

10 Muharram 1442H /29 Ogos 2020M


Created at 31/08/2020 09:51 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 31/08/2020 09:52 by Kartini Binti Yakub