Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIIN, DOA KESYUKURAN DAN SEMBAHYANG FARDHU ASAR BERJEMAAH SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-74

WhatsApp Image 2020-07-18 at 5.14.22 PM.jpeg

Majlis Membaca Surah Yaasiin, Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-74 telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Zulkaedah 1441H bersamaan 18 Julai 2020M bertempat di Surau Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Bandar Seri Begawan.

Hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis didahului dengan Bacaan Surah Yaasiin, Doa Kesyukuran, dan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah yang diimamkan oleh YM Awang Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor Penjara.

Majlis ini diadakan bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu wa ta'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia, dikurniakan taufik dan hidayah, sihat walafiat dan dikurniakan rahmat dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta'ala serta kekal karar memerintah di atas singgahsana Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam

26 Zulkaedah 1441H / 18 Julai 2020M


Created at 18/07/2020 17:16 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 18/07/2020 17:16 by Kartini Binti Yakub