Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

AKTIVITI BERJAJA SEMASA PROGRAM BANDARKU CERIA DIADAKAN SEMULA

Siaran Akhbar Berjaja BKC dibukakan semula-1.jpg

1. Merujuk Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertarikh 18 Syawal 1441H / 10 Jun 2020M mengenai peniadaan sementara aktiviti berjaja semasa Program Bandarku Ceria bermula 14 Jun 2020. Sukacita dimaklumkan bahawa berpandukan kepada nasihat Kementerian Kesihatan mengenai dengan langkahlangkah pelaksanaan pelan de-escalation, maka bermula hari Ahad, 20 Zulkaedah 1441H bersamaan 12 Julai 2020M, aktiviti berjaja semasa Program Bandarku Ceria akan diadakan semula. 

2. Ke arah mempertingkatkan lagi langkah-langkah membendung penularan COVID-19 di Negara ini maka penjaja yang beroperasi semasa Program Bandarku Ceria adalah dikehendaki untuk mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan seperti berikut:

2.1. Kawasan yang dibenarkan untuk berjaja hanya dihadkan di kawasan-kawasan yang ditetapkan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan. 

2.2. Penempatan dan jumlah petak jualan adalah terhad yang akan dibuat secara berkumpulan (clustering) dan penjarakan khemah-khemah jualan mengikut garis panduan yang ditetapkan. 

2.3. Penjaja hanya dibenarkan menggunakan khemah berukuran 10 kaki x 10 kaki dengan penjarakan tiga (3) meter antara khemah. 

2.4. Penjaja hendaklah membuat pendaftaran ke Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan untuk mendapatkan petak yang dikhaskan secara mingguan. 

2.5. Pendaftaran petak jualan adalah secara ‘first come first serve’ dan pendaftaran bermula hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu secara mingguan tertakluk kepada perubahan semasa. 

2.6. Pendaftaran hanya dibukakan kepada Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur 18 tahun ke atas dan pemohon hendaklah membawa kad pengenalan asal semasa pendaftaran untuk pengesahan. 

2.7. Setiap penjaja hanya dibenarkan untuk memohon bagi satu pendaftaran sahaja dan pendaftaran tidak boleh dipohonkan melalui wakil. 2.8. Penjaja yang tidak berdaftar adalah tidak dibenarkan untuk berjaja. 

3. Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan semula aktiviti berjaja semasa Program Bandarku Ceria, orang ramai yang berminat bolehlah mendapatkan borang pendaftaran bagi aktiviti berjaja semasa Program Bandarku Ceria di pejabat Kompleks Tamu Kianggeh pada hari Isnin hingga hari Khamis dan pada hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan di talian 7179900. 

4. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga ingin mengingatkan penjaja-penjaja semasa Program Bandarku Ceria yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204. 

5. Penjaja-penjaja semasa Program Bandarku Ceria adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan dan nasihat-nasihat yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

 -TAMAT

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 
Negara Brunei Darussalam 

17 Zulkaedah 1441 / 09 Julai 2020M


Created at 10/07/2020 08:29 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 11/07/2020 15:05 by Kartini Binti Yakub