Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PELAKSANAAN PELAN DE-ESCALATION FASA PERTAMA KEBENARAN PEMBUKAAN SEMULA PAWAGAM BERMULA 06 JULAI 2020

Siaran Akhbar MOHA 01072020 De-Escalation CINEMA Fasa Pertama.-1.jpg

​1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita memaklumkan bahawa berpandukan kepada nasihat Kementerian Kesihatan mengenai dengan langkah-langkah pelaksanaan pelan de-escalation, maka bermula pada hari Isnin, 06 Julai 2020, semua pawagam adalah dibenarkan untuk menjalankan operasi perniagaan. 

2. Pembukaan semula pawagam hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:- 

BAGI PEMILIK ATAU PENGUSAHA PAWAGAM: 

2.1 Pemilik atau pengusaha pawagam dikehendaki untuk mendapatkan kod QR Bruhealth yang khusus bagi premis mereka dan seterusnya mencetak kod QR tersebut dan dilekatkan di kawasan pintu masuk premis untuk diimbas oleh pengunjung sebelum masuk dan sejurus sebelum meninggalkan premis; 

2.2 Menghadkan jumlah pengunjung yang dibenarkan untuk masuk dalam satusatu masa kepada 30% dari jumlah kapasiti biasa (normal capacity) ruang duduk pawagam berkenaan; 

2.3 Pemeriksaan suhu badan hendaklah dilakukan sebelum memasuki pawagam;

2.4 Pemilik atau pengusaha pawagam mestilah memastikan pekerja-pekerja mereka untuk sentiasa memakai penutup hidung dan mulut (face mask); 

2.5 Pekerja pawagam yang tidak sihat adalah dinasihatkan untuk tidak hadir bekerja; 

2.6 Memastikan siaran filem yang ditayangkan akan menjarakkan masa tayangan selepas habisnya satu tayangan filem bagi membolehkan pihak pawagam membersihkan tempat duduk dan persekitaran pawagam (fully sanitise); 

2.7 Memastikan penjarakan fizikal dan sosial termasuk pelaksanaan arahanarahan yang dibuat oleh pihak Kerajaan seperti:- 

2.7.1 Memastikan penjarakan fizikal pengunjung pawagam sekurangkurangnya dua tempat duduk; 

2.7.2 Pawagam untuk mempamerkan notis jumlah maksimum kapasiti kemasukan dalam satu masa di tempat yang bersesuaian; 

2.7.3 Pawagam tidak dibenarkan untuk menambah kapasiti ruang duduk dari kapasiti biasa (normal capacity); dan 

2.7.4 Pawagam untuk menyediakan hand sanitiser; 

2.8 Mana-mana pemilik atau pengusaha pawagam yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204; dan 

2.9 Pemilik atau pengusaha pawagam adalah dipohonkan untuk memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa. 

BAGI PENGUNJUNG PAWAGAM:

2.10 Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah adalah tidak dibenarkan untuk memasuki ke pawagam; 

2.11 Para pengunjung hendaklah mempunyai kod yang diperolehi melalui aplikasi Bruhealth sebelum mengunjungi pawagam yang ingin dituju. Hanya pengunjung yang mempunyai kod warna yang betul iaitu hijau atau kuning akan dibenarkan masuk ke premis; 

2.12 Orang ramai yang berhasrat untuk memasuki pawagam perlu membuat tempahan tempat duduk terlebih dahulu dan membeli tiket secara online; 

2.13 Pengunjung pawagam disarankan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask); 

2.14 Pengunjung pawagam adalah tidak dibenarkan makan atau minum semasa menonton tayangan filem; dan 

2.15 Orang ramai yang mempunyai tanda-tanda jangkitan adalah dinasihatkan untuk tidak mengunjungi pawagam sehingga telah sembuh. 

-TAMAT-

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 

Negara Brunei Darussalam 

09 Zulkaedah 1441H / 01 Julai 2020M

Siaran Akhbar MOHA 01072020 De-Escalation CINEMA Fasa Pertama.pdf

Created at 02/07/2020 08:49 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 02/07/2020 08:49 by Kartini Binti Yakub