Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PENYAMPAIAN SIJIL BENGKEL PENGUKUHAN KEPIMPINAN PERINGKAT AKAR UMBI

WhatsApp Image 2020-01-12 at 3.35.29 PM (2).png

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 11 Januari 2020 - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel Pengukuhan Kepimpinan Bagi Penghulu Mukim, Pemangku Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Pemangku Ketua Kampung yang diadakan di Institut Perkhidmatan Awam hari ini. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dibacakan oleh Awang Haji Zaini bin Salleh, Pemangku Ketua Kampong Pulau Baru-Baru, Sungai Bunga dan Tanjong Kindana dan seterusnya ucapan oleh Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) (sila rujuk ucapan). 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada seramai 92 peserta bengkel yang terdiri dari penghulu mukim, pemangku penghulu mukim, Ketua  kampung dan pemangku ketua kampong. Yang Berhormat Pehin seterusnya bergambar ramai dengan peserta-peserta bengkel. 

Bengkel ini diadakan kepada pemimpin akar umbi dengan tujuan memberikan pendedahan dan kefahaman serta meningkatkan pengetahuan para peserta tentang kepentingan ilmu kepimpinan di dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab harian di samping bagi menyuntik semangat serta motivasi para peserta bengkel dalam melaksanakan tugas yang sentiasa terdedah dengan berbagai keadaan dan cabaran tanpa mengira masa dan situasi.

Bengkel yang diadakan selama dua (2) hari ini adalah merupakan usaha dan inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan yang bertujuan bukan saja untuk meningkatkan pengetahuan mengenai peranan dan tugas-tugas selaku pemimpin di peringkat akar umbi, malahan juga untuk memberi peluang kepada para peserta bengkel untuk berinteraksi sesama mereka kerana para peserta bengkel dihimpunkan dari ke empat-empat daerah, maka sudah setentunya memberikan ruang dan peluang untuk bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan pengalaman yang boleh digunakan untuk membuat perancangan dan perlaksanaan apa-apa jua aktiviti yang akan diungkayahkan di masa hadapan.

Pengisian bengkel termasuk taklimat mengenai kepimpinan akar umbi termasuk komunikasi berkesan, Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Perintah-Perintah Am, Peraturan Kewangan dan juga taklimat yang disampaikan oleh beberapa agensi kerajaan yang lain.  

Majlis pada petang ini juga dihadiri oleh Awang Ajman bin Haji Meludin, Pemangku Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), pegawai-pegawai Daerah, pemangku pegawai-pegawai daerah dan Pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan daerah.


Created at 13/01/2020 21:27 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 13/01/2020 21:27 by Kartini Binti Yakub