Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR DIKIR SYARAFIL ANAM ANTARA MAJLIS-MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG SELURUH NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUN

Dikir Syarafil Annam.JPG

KUALA BELAIT, 11 Disember – Dikir Syarafil Anam adalah merupakan satu khazanah warisan bangsa Melayu Brunei yang berharga yang perlu dikekalkan. Sehubungan dengan itu Jabatan Daerah Belait dan Majlis Perundingan Mukim Liang mengendalikan Pertandingan Peringkat Akhir Dikir Syarafil Anam Antara Majlis-Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73 Tahun 2019. Acara ini diadakan di Dewan Serbaguna SPARK, Kampung Sungai Liang. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

 

Pertandingan Dikir Syarafil Anam antara Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara Peringkat Akhir adalah salah satu acara Keugamaan bagi menyemarakkan dan memeriahkan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun. Disamping itu pertandingan ini juga untuk menggalakkan kaum muslimin dan muslimat mengamalkan warisan Orang Melayu Brunei dan sebagai penggalak untuk terus berselawat dan memuji Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melalui Lagu-Lagu Dikir Syarafil Anam bersama dengan alunan lagu-lagunya yang indah dan tersendiri.

 

Sebanyak 5 kategori Lelaki dan 5 kategori Wanita mewakili Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dari ke empat-empat daerah bertanding di peringkat akhir tersebut. Ia termasuk pasukan dikir lelaki dan wanita Majlis Perundingan Mukim Liang selaku penganjur pertandingan pada tahun ini.

 

Di akhir pertandingan berkenaan, Yang Berhomat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang di setiap kategori.

 

Pertandingan akhir itu juga diserikan dengan persembahan tausyeh dari Kumpulan Nasyid Firqah Amaturrahman dari Daerah Belait.

 

Turut Hadir, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha- Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Belait serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

Created at 17/12/2019 08:14 by Noor Hidayatun Na'imah Binti Hj Amir Hidayat
Last modified at 17/12/2019 08:16 by Noor Hidayatun Na'imah Binti Hj Amir Hidayat