Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

CERAMAH KHAS SEMPENA MAULUD

IMG_0610.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 November - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di dalamnya mengadakan Majlis Ceramah Khas Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1441 Hijrah / 2019 Masihi bertempat di Masjid Salambigar.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian; pegawai-pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung berkenaan.

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas disampaikan oleh Pengasas Bersama Al-Minhaaj Centre, Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak.

Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan itu merupakan salah satu aktiviti tahunan KHEDN yang bertujuan untuk memperingati dan menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Created at 13/11/2019 15:37 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 13/11/2019 15:37 by Kartini Binti Yakub