Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KERAKYATAN KALI KE-32

IMG_9651.jpg

Pusat Persidangan Antarabangsa, 24 Oktober - Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Kali Ke-32 telah diadakan pada hari Khamis, 25 Safar 1441H bersamaan dengan 24 Oktober 2019M bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Brunei, Negara Brunei Darussalam. Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu Dayang Liza Suriani binti Haji Ibrahim, Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri seterusnya menyampaikan ucapan.

Seramai 222 orang yang telah menerima sijil taraf kerakyatan kali ke-32 pada petang ini.

Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan ini bertujuan bagi mengalu-alukan dan seterusnya sebagai tanda penghargaan di atas pengiktirafan kepada penerima-penerima sijil taraf kerakyatan yang telah diperkenan oleh Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku rakyat Baginda.

Ke semua penerima sijil taraf kerakyatan telahpun menghadiri sesi taklimat yang disampaikan oleh pihak Jabatan Adat Istiadat Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. 

Dengan adanya penerangan yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang diundang khas daripada agensi-agensi yang terlibat, ianya akan dapat memberikan motivasi dan menambahkan lagi maklumat yang berguna sebagai panduan dan juga ingatan bersama dalam menunjukkan rasa kesyukuran dan kesetiaan kita terhadap raja dan negara yang kita cintai. Di samping itu, penerima-penerima sijil taraf kerakyatan akan dapat sama-sama berganding bahu dalam memberikan sumbangan bakti yang berterusan pada mempertahankan kedaulatan, keselamatan, keamanan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam dengan memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Created at 29/10/2019 16:38 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 29/10/2019 16:38 by Kartini Binti Yakub