Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PROJEK JAHITAN DAN SHOWROOM JUALAN PRODUK RAKAN SELIAAN DIRASMIKAN

WhatsApp Image 2019-10-21 at 9.07.47 AM.jpeg

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Oktober  - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, hadir selaku tetamu kehromat dan seterusnya merasmikan Projek Jahitan dan Showroom Jualan Produk Rakan Seliaan bertempat di Beribi Light Industry, Gadong. Majlis ini dianjurkan oleh Bahagian Reintegrasi Jabatan Penjara dengan kerjasama rakan-rakan strategik projek.

Antara matlamat projek ialah: Membantu Rakan Seliaan (bekas pesalah) yang bergiat dalam aktiviti perusahan mikro dan kecil-kecilan supaya mereka akan memperolehi pendapatan yang stabil dan dapat berdikari; Memperkasa kerjasama dan permuafakatan pihak yang berkepentingan dalam menanai tanggungjawab bersama ke arah pengintegrasian semula Rakan Seliaan ke dalam masyarakat. 

Seramai 10 orang Rakan Seliaan terlibat dalam projek ini yang menghasilkan produk pertukangan kayu, besi, jahitan, cenderamata dan makanan. Projek dan initiatif ini mula dirancang pada bulan Disember 2018, dengan kerjasama rakan strategik Program Rakan Seliaan (PRS) seperti Cityneon Brunei (menyumbang mesin jahit, latihan dan bantuan teknikal); Nazmi Textile Mall (Menyumbang bahan dan pemasaran); Fikri Jaya Ent (menyumbang pengeluaran kraftangan dan bengkel pertukangan kayu); Syarikat Rozi & Jawatankuasa Aftercare (premis pameran); Fuzon Co (pemasaran); Hj Asri bin Abdullah and Haji Wan Mohd Yali bin Hj Wan Drus (jurulatih dan menyumbang peralatan pertukangan kayu).

Adalah dihasratkan projek ini akan dapat membantu Rakan Seliaan yang terlibat meningkatkan lagi produktiviti perusahaan mereka supaya ianya akan lebih mampan, berdaya saing dalam dan terus maju jaya. 

Showroom ini akan dibuka dari hari Isnin hingga hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Berbagai produk yang dihasilkan oleh Rakan Seliaan turut dijual seperti produk cenderamata, produk pertukangan kayu, besi dan makanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Penolong Kaunselor Penjara, Awang Fariszal bin Ali dan seterusnya ucapan alu-aluan dari Pemangku Pengarah Penjara. 

Majlis diteruskan dengan perasmian oleh tetamu kehormat majlis. Yang Berhormat Pehin seterusnya bersuai kenal dengan ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat mengusahakan projek dan mentor Rakan Seliaan dan diteruskan dengan lawatan ke ruang showroom dan bengkel.

Hadir di majlis perasmian tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) dan Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Pemangku Pengarah Penjara, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Penjara.


Created at 21/10/2019 09:20 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 21/10/2019 09:20 by Kartini Binti Yakub