Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LUMBA PERAHU TRADISI SUNGAI BELAIT

WhatsApp Image 2019-10-02 at 1.52.37 PM.jpeg

AHAD, 29 SEPTEMBER 2019 – Bagi memeriahkan lagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73 tahun Bagi Daerah Belait Tahun 2019, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan hari ini mengadakan Lumba Perahu Tradisi Sungai Belait. Acara ini diadakan di Kawasan Taman Persiaran Menara Cendera Kenangan, Kuala Belait.

Tetamu Kehormat pada acara tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir pada acara tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan  dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73 tahun Bagi Daerah Belait.

Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan pada hari tersebut iaitu Lumba Perahu Syarikat Swasta dan Jemputan 15 pekayuh, Lumba Perahu Jabatan-Jabatan Di Daerah Belait & Daerah-Daerah / Mukim-Mukim 10 Pekayuh, Lumba Perahu Acara Khas 20 Pekayuh, Lumba Perahu Antara Mukim-Mukim Jemputan 20 Pekayuh, Lumba Perahu Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Mukim-Mukim di Daerah Belait Jemputan 20 Pekayuh, Lumba Perahu Syarikat Swasta dan Persatuan Jemputan 20 Pekayuh dan Lumba Perahu Jemputan 20 Pekayuh.

Pada pertandingan tersebut, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri turut serta berkayuh dalam salah satu acara yang dipertandingkan.
sebutkan acaranya

Di akhir acara, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berkesudian menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang di setiap kategori yang dipertandingkan.

Created at 02/10/2019 13:57 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 02/10/2019 13:58 by Kartini Binti Yakub