Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

​SERAMAI 26 ORANG BAKAL JEMAAH HAJI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA DIRAIKAN

WhatsApp Image 2019-07-10 at 5.47.41 PM.jpeg

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI - Majlis Doa Selamat Bagi Bakal Jemaah Haji Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi musim Haji Tahun 1440H/2019M telah diadakan pada hari ini bertempat di Surau Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Bandar Seri Begawan.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan  Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah dan diteruskan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Doa Selamat.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pada tahun ini, seramai 26 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya akan menunaikan ibadah haji iaitu seorang masing-masing dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Daerah Belait, Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Bandaran Tutong; tiga (3) orang dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara; tiga (3) orang dari Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan; tujuh (7) orang dari Jabatan Bomba dan Penyelamat; enam (6) orang dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan; dan dua (2) orang dari Jabatan Penjara.

Majlis Doa Selamat ini adalah merupakan salah satu aktiviti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertujuan untuk memohon keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala agar semua bakal-bakal jemaah haji mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan urusan serta akan beroleh haji mabrur.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kementerian serta para jemputan.
Created at 11/07/2019 15:09 by Kartini Binti Yakub
Last modified at 11/07/2019 15:09 by Kartini Binti Yakub