Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS SAMBUTAN MEMPERINGATI ISRA' DAN MI'RAJ ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATANNYA BAGI TAHUN 1440 HIJRIAH/2019 MASIHI KELOLAAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

IMG_4192.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 6 April 2019 - Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya bagi Tahun 1440 Hijriah/2019 Masihi kelolaan Jabatan Bomba dan Penyelamat diadakan di Masjid Ash Shaliheen.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis keagamaan ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya dan tujuan utama majlis diadakan ialah untuk menyemarakkan lagi sambutan Isra' dan Mi'raj serta sama-sama menghayati dan mengambil iktibar mengenai peristiwa Isra' dan Mi'raj. Ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya.

Majlis ini diserikan dengan ceramah khas bertajuk "Mengukuhkan Keimanan Melalui Peristiwa Isra' dan Mi'raj" disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Ustaz Hilman bin Haji Salim, Penolong Pensyarah Pusat Ilmu Teras Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Yang Berhormat Menteri serta para hadirin menunaikan sembahyang fardhu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Anuar bin Haji Salim.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian barang keperluan masjid berkenaan kepada Imam Masjid Ash-Shaliheen yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dari Daerah Brunei dan Muara, Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung.


               IMG_4198.JPG

               IMG_4183.JPG

Created at 06/04/2019 21:13 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi
Last modified at 06/04/2019 21:13 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi