Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN KERJA SETIAUSAHA TETAP (BANDARAN DAN DAERAH) KE DAERAH BELAIT

IMG_3431.JPG

BELAIT, 05 Mac 2019  – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Daerah dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan yang lain adalah komited untuk menyediakan infrastruktur kemudahan awam dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian penduduk-penduduk mukim dan kampung khususnya kawasan luar bandar agar sentiasa terjamin.

Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut hari ini mengadakan lawatan kerja ke Daerah Belait.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk meninjau dengan lebih dekat aktiviti Satu Kampung Satu Produk (1K1P) di samping melawat beberapa tempat di bawah kawalan Jabatan Daerah Belait dan seterusnya melihat perkembangan di daerah ini khususnya dalam aktiviti perekonomian dan kemudahan-kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan di kawasan ulu. Lawatan kerja ini diharap akan dapat mengeratkan lagi perhubungan  silaturahim di antara pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Daerah Belait dan Jabatan Bandaran Kuala Belait dengan pimpinan di peringkat akar umbi dan masyarakat terutama sekali di kawasan-kawasan ulu.

Setiausaha Tetap serta rombongan terlebih dahulu memulakan lawatan ke Jabatan Daerah Belait dan seterusnya ke Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Rombongan seterusnya membuat lawatan ke Pusat Aktiviti Majlis Perundingan Kampung Mumong. Di pusat aktiviti ini, Setiausaha Tetap serta rombongan berpeluang menyaksikan Pameran Satu Kampung Satu Produk (1K1P) yang dihasilkan oleh Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung melalui biro wanitanya. Antara produk-produk yang dipamerkan ialah Sos Cili, Jus Rosella, Kueh Bahulu dan Kek Marble.

 Rombongan juga melawat ke Tamu Sungai Bera.

Seterusnya rombongan meninjau Dewan Serbaguna Kampung Labi. Infrastruktur kemudahan awam seperti dewan serbaguna yang disediakan adalah diharapkan supaya penduduk-penduduk kampung dapat menggunakannya bagi memudahkan lagi mengadakan aktiviti-aktiviti sama ada berbentuk kemasyarakatan, sosial, sukan dan sebagainya supaya akan dapat lagi meningkatkan perpaduan, persefahaman, keharmonian dan juga kemakmuran penduduk kampung.

Lawatan kerja diakhiri dengan lawatan ke Rumah Panjang Teraja bagi beramah mesra bersama masyarakat di sana dan menyaksikan pameran produk masyarakat Rumah Panjang berkenaan. Dengan adanya lawatan kerja seperti ini dihasratkan akan memberi peluang ketua-ketua rumah panjang berinteraksi serta memberi maklumat yang terkini mengenai hal ehwal kampung tersebut.

Menyertai rombongan lawatan kerja ini ialah Yang Mulia  Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah); Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad; Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pegawai-Pegawai Jabatan Daerah Belait serta Pegawai-Pegawai jabatan kerajaan yang berkepentingan di Daerah Belait.


IMG_3461.JPG

 


Created at 06/03/2019 11:47 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi
Last modified at 06/03/2019 14:29 by Hj Ahmad Mohammad Bin Junaidi