Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

22 NOVEMBER 2018- 4th BRUNEI DARUSSALAM AND SINGAPORE JOINT ANNUAL EXCHANGE PROGRAMME (4rd BN-SG JAEP) 22 NOVEMBER – 25 NOVEMBER 2018 (BRUNEI PHASE)

Emblem_of_Brunei.svg.png

SIARAN AKHBAR

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

 

4th BRUNEI DARUSSALAM AND SINGAPORE

JOINT ANNUAL EXCHANGE PROGRAMME (4rd BN-SG JAEP)

22 NOVEMBER – 25 NOVEMBER 2018 (BRUNEI PHASE)

 

 

1.       BANDAR SERI BEGAWAN, 22 November 2018 - Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan peserta dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Singapura dalam Majlis Perasmian 4th Brunei Darussalam and Singapore Joint Training Annual Exchange Program.

 

2.       Majlis perasmian ini diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di ibu negara. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Program ini adalah program tahunan yang diselenggarakan oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Darussalam dengan Kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura. Pada Tahun ini ianya adalah kali yang keempat program ini diadakan bagi mengeratkan lagi kerjasama diantara usaha sama kedua-dua buah negara.

 

3.       Majlis perasmian juga dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Antarabangsa), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura, Encik T. Raja Kumar dan Encik Raymond Chow, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal  Dalam Negeri

 

4.       Seramai lapan belas (18) Peserta telah dipilih mengikuti program ini yang mana sembilan (9) daripada peserta adalah dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Singapura dan sembilan (9) orang peserta adalah dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri, Brunei Darussalam.

 

5.       Program di Brunei Darussalam bermula pada 22 hingga 25 November 2018. Peserta-Peserta akan dibawa melawat ke Jabatan-Jabatan yang berkenaan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri termasuk lawatan kerja ke Jabatan Biro Kawalan Narkotik, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Penjara dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 

6.       Program seterusnya akan diadakan di Republik Singapura bermula pada 27 hingga 30 November nanti. Peserta-peserta program akan berpeluang untuk mempelajari secara lebih dekat lagi kemahiran kepimpinan serta mempelajari amalan-amalan terbaik khususnya dalam menangani isu-isu keselamatan.

 

-Tamat-

 

Disediakan Oleh:

Perhubungan Korporat

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri


Created at 28/11/2018 14:44 by Zulkarnain Bin Osman
Last modified at 28/11/2018 14:44 by Zulkarnain Bin Osman