Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

7 November 2018 - PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM ANTARA MAJLIS-MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG SELURUH NEGARA

Logo Panji Panji.png

​7 November 2018 - Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Mulia Datin Paduka Hajah Dayang Zahrah binti Haji Mohamad, isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Pertandingan Dikir Syarafil Anam antara Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara Peringkat Akhir Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun  bertempat di Dewan Serbaguna, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas.

 

Pertandingan Dikir Syarafil Anam antara Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara Peringkat Akhir adalah salah satu acara Keugamaan bagi menyemarakkan dan memeriahkan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun.

 

Pada tahun ini Pertandingan Dikir Syarafil Anam antara Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Peringkat Akhir Senegara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim Sengkurong dengan kerjasama Bahagian Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

 

Sebanyak 5 pasukan kategori Lelaki dan 5 pasukan kategori Wanita mewakili Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung ke empat-empat daerah bertanding di peringkat akhir tersebut termasuk pasukan dikir lelaki dan wanita Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di bawah Mukim Sengkurong selaku penganjur pertandingan pada tahun ini.

 

Di akhir pertandingan berkenaan, Yang Berhomat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Datin menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang di setiap kategori.

 

Pertandingan akhir pada malam ini juga diserikan dengan persembahan tausyeh dari Kumpulan  Tausyeh  Biro Wanita Majlis Perundingan Mukim Sengkurong.

 

Turut Hadir, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha- Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Brunei Dan Muara, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara serta jemputan yang hadir


Created at 08/11/2018 15:11 by Zulkarnain Bin Osman
Last modified at 08/11/2018 15:13 by Zulkarnain Bin Osman