Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

3 OKTOBER 2018 - Jerayawara Skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Bagi Daerah Tutong

panji.gif

​3 Oktober 2018 - Tutong, Jerayawara mengenai Skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampung dilaratkan lagi ke Daerah Tutong pada hari ini. Jerayawara tersebut telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyaratan Tutong.

 Jerayawara tersebut adalah bertujuan untuk memberigakan lagi Kekosongan Jawatan-Jawatan Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung khususnya bagi kekosongan jawatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung di Daerah Tutong yang mana mula diiklankan pada 1 hb Oktober 2018 dan dibukakan sehingga 31 Oktober 2018. 

Selain daripada itu juga, Jerayawara ini juga diadakan untuk memberi pendedahan secara terperinci kepada orang ramai mengenai tatacara, proses, syarat persyaratan kelayakan, peranan serta tanggungjawab bagi menjawat jawatan Penghulu Mukim atau Ketua Kampung yang terdapat dalam Skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

Bagi penduduk Daerah Tutong yang berhasrat untuk menghadapkan pencalonan bolehlah mendapatkan Borang Pencalonan di Jabatan Daerah Tutong. Borang hendaklah diisikan dengan lengkap (ditandatangani oleh calon berkenaan, seorang pencadang dan 2 orang penyokong). Borang-borang hendaklah dikembalikan semula ke Jabatan Daerah Tutong tidak lewat 31hb Oktober 2018.

Manakala keterangan lanjut mengenai jawatan-jawatan kosong di Mukim dan Kampung yang berkenaan, bolehlah diperolehi dari Unit Institusi Mukim dan Kampung di Jabatan-Jabatan Daerah masing-masing.

Jerayawara seterusnya akan berkunjung ke Daerah Temburong pada esok hari iaitu 4hb Oktober 2018 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyaratan Pekan Bangar, Jam 9.00 pagi. 

Hadir bagi memberikan taklimat tersebut ialah Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Jabatan Daerah Brunei dan Muara serta orang ramai yang hadir. 


Created at 03/10/2018 14:10 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah
Last modified at 03/10/2018 14:10 by Hj Mohd Nornasronsyah bin Hj Kamal Pasah