Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

26 September 2018 - MUZAKARAH MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI BERSAMA PENGHULU-PENGHULU MUKIM DAN KETUA-KETUA KAMPUNG DI DAERAH TUTONG DAN DAERAH BELAIT

IMG_5174.JPG

1.      TUTONG, 26 SEPTEMBER 2018 – Muzakarah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung diteruskan lagi pada hari ini di Daerah Tutong pada sebalah pagi dan Daerah Belait di sebelah petang.

 

2.      Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah hadir bagi sesi muzakarah tersebut yang diadakan di Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong dan Pegawai Daerah Belait.

 

3.      Muzakarah yang diadakan di Derah-Daerah tersebut antara lain menyampaikan dan memberigakan mengenai perkembangan terkini Skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampung sepertimana yang telah dimaklumkan melalui Sidang Media Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada 22 September 2018.

 

4.      Pada sesi muzakarah tersebut, Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri antara lain telah memaklumkan beberapa jawatan-jawatan kosong bagi fasa pertama sebagai Penghulu Mukim dan Ketua Kampung bagi Daerah Tutong dan Daerah Belait.

 

5.      Bagi Daerah Tutong, jumlah kekosongan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung adalah seperti berikut:

 

    1. Kekosongan Jawatan Penghulu Mukim mengikut Mukim:-

       
      1. Mukim Rambai
      2. Mukim Keriam
      3. Mukim Ukong
      4. Mukim Pekan Tutong

         
    2. Kekosongan Jawatan Ketua Kampung Mengikut Kampung:-

       
      1. Kampung Benutan, Mukim Rambai
      2. Kampung Penanjong, Mukim Pekan Tutong
      3. Kampung Sengkarai, Mukim Pekan Tutong
      4. Kampung Layong, Mukim Lamunin
      5. Kampung Keriam, Mukim Keriam
      6. Kampung Kupang, Mukim Keriam
      7. Kampung Ukong, Mukim Ukong
      8. Kampung Danau, Mukim Telisai
      9. Kampung Rambai, Mukim Rambai
      10. Kampung Merimbun, Mukim Rambai
      11. Kampung Panchor, Mukim Pekan Tutong
      12. Kampung Penabai dan Kuala Tutong, Mukim Pekan Tutong

         

6.      Manakala kekosongan Jawatan bagi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung bagi Daerah Belait pula adalah seperti berikut:-

 

    1. Kekosongan Jawatan Penghulu Mukim mengikut Mukim:-

       
      1. Mukim Kuala Belait
      2. Mukim Seria
      3. Mukim Labi
      4. Mukim Sukang
      5. Mukim Melilas

         
    2. Kekosongan Jawatan Ketua Kampung Mengikut Kampung:-

       
      1. Kampung Sungai Teraban, Mukim Kuala Belait
      2. Kampung Sungai Liang, Mukim Liang
      3. Kampung Merangking, Mukim Bukit Sawat

         

7.      Sehubungan ini Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga turut memaklumkan beberapa kekosongan jawatan bagi Ketua Kampung bagi Daerah Temburong yang mana seperti berikut:-

 

    1. Kekosongan Jawatan Ketua Kampung mengikut Kampung:-
      1. Kampung Belais dan Buda-Buda, Mukim Bokok
      2. Kampung Belingos, Mukim Bangar
      3. Kampung Menengah, Mukim Bangar
      4. Kampung Selangan, Parit dan Biang Menengah, Mukim Amo
      5. Kampung Batu Apoi, Mukim Batu Apoi
      6. Kampung Tanjung Bungar, Mukim Batu Apoi

         

8.      Disamping itu juga Jerayawara bagi memberigakan Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim Dan Ketua Kampung akan diadakan di ke empat-empat Daerah yang mana jadualnya adalah seperti berikut:-

 

    1. Daerah Brunei Muara, Isnin, 1hb Oktober 2018 di Dewan Teater, Bangunan Baru, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, sesi 1 Jam 9.00 pagi dan Sesi 2 Jam 2.30 petang.

       
    2. Daerah Belait, Selasa, 2hb Oktober 2018 di Dewan Persidangan Kuala Belait, Jam 9.00 pagi.

       
    3. Daerah Tutong, Rabu 3hb Oktober 2018 di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyaratan Tutong, Jam 9.00 pagi.

       
    4. Daerah Temburong, Khamis, 4hb Oktober 2018 di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar. Jam 9.00 pagi.

 

9.      Orang ramai serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung adalah diseru untuk hadir ke jerayawara tersebut untuk mengambil peluang bagi mendengarkan secara lebih lanjut lagi mengenai Skim tersebut.

 

10.  Oleh itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita mengalu-alukan Penghulu Mukim atau Ketua Kampung yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan untuk memohon bagi dicalonkan semula atau mana-mana penduduk mukim dan kampung yang berminat menjadi Penghulu Mukim atau Ketua Kampung supaya akan mengambil peluang untuk dicalonkan sebagai Penghulu Mukim atau Ketua Kampung dengan syarat calon adalah memenuhi syarat-syarat kelayakan bagi jawatan berkenaan.

 

11.  Bagi orang ramai yang berhasrat untuk menghadapkan pencalonan bolehlah mendapatkan Borang Pencalonan di Jabatan-Jabatan Daerah masing-masing. Borang hendaklah diisikan dengan lengkap (ditandatangani oleh calon berkenaan, seorang pencadang dan 2 orang penyokong). Borang-borang hendaklah dikembalikan semula ke Jabatan-Jabatan Daerah masing-masing tidak lewat 31hb Oktober 2018

 

12.  Muzakarah juga turut mendengarkan isu-isu serta cadangan-cadangan yang telah disuarakan dari kalangan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

 

13.  Hadir sama bagi Muzakarah tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Tutong, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai-Pegawai Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Daerah Belait.


Created at 02/10/2018 12:13 by Zulkarnain Bin Osman
Last modified at 03/10/2018 09:47 by Nusratina Binti Hj Md Daud