Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

25 September 2018 - MUZAKARAH MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI BERSAMA PENGHULU-PENGHULU MUKIM DAN KETUA-KETUA KAMPUNG DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA

Logo Panji Panji.png

1.      BERAKAS, 25 SEPTEMBER 2018 – Sebagai salah satu inisiatif dan usaha dalam memberigakan proses pengisian Jawatan-Jawatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini meneruskan lagi Muzakarah bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung di Seluruh Negara. Pada hari ini muzakarah tertumpu di Daerah Brunei dan Muara dan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang mengikut zon masing-masing.

 

2.      Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah hadir bagi sesi muzakarah tersebut yang diadakan di Dewan Theater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

 

3.      Sesi muzakarah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim dan seterusnya memberikan sedikit kata alu-aluan.

 

4.      Seterusnya muzakarah diteruskan dengan taklimat ringkas yang diberikan oleh Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

5.      Yang Mulia Awang Salminan, dalam taklimatnya antara lain memaklumkan mengenai dengan kekosongan 8 jawatan Penghulu Mukim dan 44 jawatan Ketua Kampung bagi Daerah Brunei dan Muara yang akan diiklankan pada 1hb Oktober 2018 dan iklan akan ditutup pada 31hb Oktober 2018 jam 4:00 petang. Mukim-mukim dan kampong-kampung berkenaan adalah seperti berikut:-

 

5.1.   Kekosongan Jawatan Penghulu Mukim mengikut Mukim:-

      1. Mukim Berakas 'A'
      2. Mukim Serasa
      3. Mukim Gadong 'B'
      4. Mukim Kianggeh
      5. Mukim Lumapas
      6. Mukim Kilanas
      7. Mukim Pangkalan Batu
      8. Mukim Sengkurong

 

5.2.   Kekosongan Jawatan Ketua Kampung Mengikut Kampung:-

      1. Kampung Kampung Lambak 'A', Mukim Berakas 'A'
      2. Kampung Lambak 'B', Mukim Berakas 'A'
      3. Kampung Manggis I dan Manggis II, Mukim Berakas 'B'
      4. Kampung Sungai Tilong, Mukim Berakas 'B'
      5. Kampung Tanah Jambu, Mukim Mentiri
      6. Kawasan 1, Kampung Rancangan Perumahan Negara Mentiri, Mukim Mentiri
      7. Kawasan 2, Kampung Rancangan Perumahan Negara Mentiri, Mukim Mentiri
      8. Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu, Mukim Mentiri
      9. Kampung Mentiri, Mukim Mentiri
      10. Kampung Belimbing, Mukim Kota Batu
      11. Kampung Menunggol, Mukim Kota Batu
      12. Kampung Subok, Mukim Kota Batu
      13. Kampung Pudak, Mukim Kota Batu
      14. Kampung Pulau Baru-Baru, Sungai Bunga dan Tanjong Kindana, Mukim Kota Batu
      15. Kawasan 1, Rancangan Perumahan Negara Rimba, Mukim Gadong 'A'
      16. Kawasan 2, Rancangan Perumahan Negara Rimba, Mukim Gadong 'A'
      17. Kawasan 3, Rancangan Perumahan Negara Rimba, Mukim Gadong 'A'
      18. Kawasan 4, Rancangan Perumahan Negara Rimba, Mukim Gadong 'A'
      19. Kawasan 5, Rancangan Perumahan Negara Rimba, Mukim Gadong 'A'
      20. Kampung Katok dan Tungku, Mukim Gadong 'A'         
      21. Kampung Kiulap, Mukim Gadong 'B'
      22. Kampung Perpindahan Mata-Mata, Mukim Gadong 'B'
      23. Kampung Menglait, Mukim Gadong 'B'
      24. Kampung Pengkalan Gadong, Mukim Gadong 'B'
      25. Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Katok 'B', Mukim Gadong 'B'
      26. Kampung Tasek Meradun dan Bunut, Mukim Kilanas
      27. Kampung Tanjong Bunut, Mukim Kilanas
      28. Kampung Bunut Perpindahan, Mukim Kilanas
      29. Kampung Madewa dan Telanai, Mukim Kilanas
      30. Kampung Jangsak, Mukim Kilanas
      31. Kampung Lumapas 'A', Mukim Lumapas
      32. Kampung Lumapas 'B', Mukim Lumapas
      33. Kampung Putat, Mukim Lumapas
      34. Kampung Kasat, Mukim Lumapas
      35. Kampung Pengkalan Batu, Mukim Pengkalan Batu
      36. Kampung Junjungan, Mukim Pengkalan Batu
      37. Kampung Bebuloh, Mukim Pengkalan Batu
      38. Kampung Sengkurong 'B', Mukim Sengkurong
      39. Kampung Mulaut, Mukim Sengkurong
      40. Kampung Tanjong Nangka, Mukim Sengkurong
      41. Kampung Jerudong, Mukim Sengkurong
      42. Kampung Jerudong 'B' (Peninjau), Mukim Sengkurong
      43. Kampung Kulapis, Mukim Sengkurong
      44. Kampung Kapok, Mukim Serasa

 

6.      Seterusnya Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri turut memberikan ucapan yang mana menekankan pentingnya bagi penduduk kampong untuk sama-sama hadir bagi membuat pengundian calon-calon Penghulu Mukim atau Ketua Kampung itu nanti. Ini adalah kerana jumlah pengundi yang diperlukan adalah tidak kurang 1/3 daripada jumlah pengundi yang berdaftar dan layak mengundi.

 

7.      Yang Berhormat Menteri juga mengongsikan contoh sepertimana yang telah dijalankan di Kampung Bokok dan Kampung Amo di Daerah Temburong dimana seramai 58.7% dari jumlah pengundi di Kampong Bokok dan 70.14% dari jumlah pengundi di Kampung Amo yang berdaftar telah melaksanakan tanggungjawab mereka dan mengundi semasa Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung tersebut pada 21 dan 23 September yang lalu.

 

8.      Yang Berhormat Pehin didalam ucapannya juga berharap untuk para belia akan tampil kehadapan memberi sokongan sama ada membantu untuk menggerakkan majlis perundingan sebagai ahli majlis ataupun untuk menjawat jawatan Penghulu Mukim atau Ketua Kampung yang akan diiklankan nanti.

 

9.      Dalam hubungan ini juga, Yang Berhormat Pehin percaya inisiatif-inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan ini akan dapat sama-sama membantu untuk bukan saja mengisikan jawatan kosong Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung sebelum Jun 2019, malah untuk membantu pihak Kerajaan bagi mendapatkan pemimpin-pemimpin yang kreatif, berwibawa, berkualiti dan dapat memantapkan dan memperkukuhkan Insitusi Mukim dan Kampung dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2035 terutama sekali didalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

 

10.  Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita mengalu-alukan Penghulu Mukim atau Ketua Kampung yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan untuk memohon bagi dicalonkan semula atau mana-mana penduduk mukim dan kampung yang berminat menjadi Penghulu Mukim atau Ketua Kampung supaya akan mengambil peluang untuk dicalonkan sebagai Penghulu Mukim atau Ketua Kampung dengan syarat calon adalah memenuhi syarat-syarat kelayakan bagi jawatan berkenaan.

 

11.  Bagi orang ramai yang berhasrat untuk menghadapkan pencalonan bolehlah mendapatkan Borang Pencalonan di Jabatan-Jabatan Daerah masing-masing. Borang hendaklah diisikan dengan lengkap (ditandatangani oleh calon berkenaan, seorang pencadang dan 2 orang penyokong). Borang-borang hendaklah dikembalikan semula ke Jabatan-Jabatan Daerah masing-masing tidak lewat 31hb Oktober 2018.

 

12.  Sesi muzakarah akan diteruskan lagi ke dua Daerah yang lain iaitu Daerah Tutong dan Daerah Belait pada hari Rabu 26 September 2018. Bagi Daerah Tutong, sesi Muzakarah akan diadakan pada sebelah Pagi, manakala di sebelah petang pula akan diadakan di Daerah Belait.

 

13.  Hadir sama bagi Muzakarah tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai-Pegawai Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

 

-Tamat-


Created at 02/10/2018 12:08 by Zulkarnain Bin Osman
Last modified at 03/10/2018 09:47 by Nusratina Binti Hj Md Daud